berita

Viral Video Bergaduh, Lan Pet Pet Dakwa Kena Maki Lepas Tegur Rider Bawa Motor Main Phone

May 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, di media sosial kecoh dengan video memaparkan seorang pelawak iaitu Lan Pet Pet didakwa memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan. Lan Pet Pet menerusi laporan BH Online memaklumkan dirinya sudah diprovok oleh individu berkenaan. Dia bagaimanapun tampil memberi penjelasan terhadap insiden tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Hang Nak Tunjuk Samseng, Hang Tahu Dak Aku Sapa’ – Lan Pet Pet Mengamuk?

Hanya ingin tegur

Difahamkan, dia yang sedang memandu di Jalan Ampang berdekatan Kedutaan Russia ternampak penghantar makanan yang sedang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dalam kedudukan motosikal di tengah jalan. Perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya bukan hanya kepada dirinya, malah kepada pengguna jalan raya yang lain juga.

Dia bagaimanapun menghampiri penghantar makanan tersebut untuk menegur.

Saya menegur pemuda itu… Tindakannya menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain. Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.

Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang. Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja.

Akan bersemuka

Susulan insiden tersebut, Lan Pet Pet membuat laporan polis. Pelawak itu akan berjumpa dengan individu berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang telah terjadi.

Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini. Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah. Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama.

Sumber: Bh Online

SKIP THIS AD ×