berita

Viral Video Pelajar Universiti Diikat Lepas Mengamuk Sebab Tertekan Nak Siapkan Tesis

July 27th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila perlu menyiapkan satu-satu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Itulah yang dilalui seorang pelajar dari Indonesia ini apabila dia dipercayai berdepan masalah untuk menyiapkan tesisnya.

Stress siapkan tesis

Menerusi video viral yang dikongsikan di akaun TikTok userrrr_123456y (mamduh_ramdani), memperlihatkan seorang pemuda dalam keadaan tertekan sedang duduk di ruangan sebuah rumah. Dalam keterangan video pendek berkenaan, pemuda ini memaklumkan itu adalah situasi yang dialaminya dimana dia mengamuk sehingga terpaksa diikat. Menurut sumber, perkara tersebut dipercayai berpunca daripada tekanan dan stress melampau yang dialaminya sebagai pelajar dalam tempoh untuk menyiapkan tesis.

Pada awalnya stress, kemudian saya mengamuk sampai rumah hancur, akhirnya saya diikat agar tidak mendatangkan bahaya lain.

Hati-hati semua, kalau buat tesis jangan ambil mudah.

Memetik laporan Suara.com, pemuda berkenaan dipercayai mengalami masalah jiwa atau Anxiety Disorder. Difahamkan, dia kini sedang mendapatkan rawatan yang diperlukan dan berada dalam fasa pemulihan.

Alhamdulillah sudah 90 peratus sembuh, sudah lulus juga kuliahnya.

Sementara menerusi video lain, pemuda ini turut berkongsi pengalaman dan situasi yang dilaluinya sepanjang proses penyembuhan. Perkongsian tersebut telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat pemuda ini supaya terus kuat dalam mengharungi dugaan hidup. Bukan itu sahaja, ada di antara mereka akui turut berdepan dengan masalah yang sama sepanjang bergelar seorang pelajar.

Video

Sumber: TikTok userrrr_123456y, Suara.com

SKIP THIS AD ×