berita

Viral Video Wanita ‘Breakdown’, Dr Say Mengaku Hampir ‘Give Up’ Jaga Anak Kecil Sampai Fikir Nak Outstation

October 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak belakangan ini, masalah depresi yang dialami oleh kaum wanita yang bergelar ibu menjadi topik perbualan utama di media sosial.

Artikel Berkaitan: Wanita Ini Nangis ‘Breakdown’ Penat Jaga Anak, Dedah Masalah Depresi Dalam Kalangan Suri Rumah

Artikel berkaitan: Isu ‘Housewife’ Depresi, Peguam Syarie Dedah Ramai Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan

Doktor selebriti, Dr Say tampil meluahkan pandangannya berhubung dakwaan seorang netizen yang memandang remeh dengan masalah depresi dalam kalangan ‘housewife’.

Lancangnya bahasa mamat yang komen

Saya tak tengok video suri rumah breakdown tu tapi yang menarik perhatian saya is betapa lancangnya bahasa mamat yang komen terhadap video tu. Assumption saya sama ada dia tak kawin lagi ATAU dah kawin dan dia ada masalah rumah tangga ATAU dia seorang bapa yang mengabaikan anak-anak ATAU he is simply bebal. Again saya bukan nak jadi feminist di sini tapi i was there berpantang 2 bulan untuk kedua-dua anak saya dan each time it was a different experience.

Sebagai seorang suami, Dr Say meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja membaca komen seorang lelaki yang menyatakan bahawa kaum wanita dilarang mengandung sekiranya mereka tidak mahu berdepan dengan masalah mental ‘breakdown’. Ujar Dr Say, komen lelaki tersebut sangat keterlaluan. Bagi memberi gambaran kepada semua kaum lelaki, Dr Say turut berkongsi pengalamannya sewaktu menjaga isteri ketika berpantang dua bulan untuk kedua-dua anak.

Anak pertama tak payah cakap memang saya koyak rabak siap saya buat status “Officially Koyak” sebab babies ni 2-3 jam sekali bangun nak susu jadi kita yang biasa tidur malam 8 jam straight semestinya affected a lot by this. Belum campur babies tu colic/ babies tu demam. Bila ada anak kedua memang tak dinafikan senang menjaganya sebab dah berpengalaman. Tapi time kita berjaya tidurkan anak kedua, datang lah anak pertama melompat menjerit sebelah telinga anak kedua maka terbangun lah dia dan sia-sia usaha kita menidurkan anak kedua sebelum tu.

Badan dan minda jadi penat

Terus terang cerita sebelum saya ada anak pun saya ingat bestnya jadi suri rumah tak payah serabut kepala fikir kerja. Duduk rumah jaga anak lagi senang tapi setelah 2 bulan menemani bini berpantang baik anak pertama mahupun anak kedua kepala saya dok fikir “kenapa lah aku tak kerja ofis 8am-5pm even better kalau aku kerja outstation sure lagi best” sebab my body and mind were constantly exhausted. Itupun saya tak jaga anak tu 24 jam apetah lagi housewives yang jaga anak 24 jam dan apetah lagi kalau anaknya lebih dari seorang dan apetah lagi kalau anaknya require special needs.

Meskipun tidak menjaga kedua-dua anak secara 24 jam, Dr Say faham mengenai perasaan penat yang dihadapi oleh suri rumah. Jelas Dr Say, beliau pernah terfikir untuk bekerja mengikut waktu pejabat dan ‘outstation’ gara-gara penat menjaga anak-anak.

Dengar kata mamat tu dah minta maaf tapi again Din, kenapa la kau tak fikir dulu sebelum ko menulis Din? Followers aku ramai mommies Din dan kalau kau baca dm dia orang, ko patut bersyukur sekarang kena pakai mask kalau tak sorang-sorang nak cari kau tuk cili mulut, duku & starlight ko Din. Jangan main dengan emosi housewives. Singa pun takut dengan diorang Din.

Di akhir posting, Dr Say berharap individu tersebut dan semua kaum lelaki berfikir terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu komen mahupun kenyataan.

Sumber: Dr Say Shazril

SKIP THIS AD ×