Seorang wanita yang bergelar ibu iaitu Bunga Ayu Dewi tampil mendedahkan kebenaran mengenai masalah depresi yang dialami suri rumah tangga yang jarang dipandang oleh orang ramai.
Artikel Berkaitan: Wanita Ini Nangis ‘Breakdown’ Penat Jaga Anak, Dedah Masalah Depresi Dalam Kalangan Suri Rumah
Masalah depresi realiti
Ini realiti. Mmg kebanyakan klien perempuan sy mohon cerai antara sebabnya mengandung,pantang, jaga anak smua buat sendiri.Suami xtolong.Ada suami siap berjudi lg.
Sng ckp klau depress jgn buat anak tp nnti kalau tolak ajakan suami,kata nusyuz plak. https://t.co/mSr8gVm38M
— Peguam Syarie Atikah (@Atikah10490) October 25, 2021
Isu ini mendapat perhatian seorang Peguam Syarie, yang dikenali dengan nama Atikah untuk mengulas lanjut. Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Atikah berkata masalah ini memang benar berlaku.
Katanya, rata-rata klien wanita yang datang mengfailkan kes penceraian adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada suami dalam tugasan rumah tangga.
Malah ceritanya lagi, permasalahan mula timbul apabila tanggungjawab untuk menjaga anak diserahkan bulat-bulat pada isteri.
Senang cakap jangan buat anak
Sebelum ini, ada seorang netizen yang memandang remeh dengan masalah depresi dalam kalangan ‘housewife’. Tanpa rasa empati, lelaki terbabit mengeluarkan kenyataan dengan melarang wanita terbabit daripada mengandung.
Selar dengan pendapat ‘cetek’ itu, Atikah menyatakan si isteri akan dikenakan hukum nusyuk apabila menolak ajakan suami melakukan hubungan intim. Oleh sebab itu, menjadi seorang isteri bukan semudah seperti yang diperkatakan.
Senang cakap kalau depress jangan buat anak tapi nanti kalau tolak ajakan suami, kata nusyuz pula. Akhirnya, isteri juga jadi mangsa. Tolak buat hubungan kelamin di kata nusyuz, bila mengandung, beranak, pantang, jaga anak, isteri juga sorang-sorang buat.
Jadi isteri ini bukan mudah ya seperti dikatakan. Syurga pada suami, tapi kadang-kadang ada yang tak bernasib baik terasa seperti di neraka.
Sumber: Twitter @Atikah10490