berita

Viral Video Wanita Buat ‘Live’ Facebook Ketika Bonceng Motosikal Sebelum Maut Dilanggar SUV

July 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangi suaminya dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 10 Jalan Kunak-Tawau pada 11 Julai lalu.

Maut dilanggar SUV

Menerusi laporan dari Berita Harian, mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya, 39 tahun serta anaknya berusia tujuh tahun mengalami kecederaan ringan. Menurut Ketua Polis Daerah Kunak, Superitendan Sabarudin Rahmat, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha 135 LC dan Proton X70.

Setibanya di tempat kejadian pemandu Proton X70 dikatakan, telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya dan pada masa sama, motosikal yang ditunggang bersama dua pembonceng dari arah bertentangan cuba membelok ke kanan untuk masuk ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar.

Akibat pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal telah tercampak ke bahu jalan manakala kedua-dua pembonceng dan motosikal terseret kira-kira sepuluh meter.

Difahamkan, pemandu SUV dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan saksi kejadian.

Namun apa yang menyedihkan adalah wanita terbabit dipercayai sempat membuat siaran langsung di Facebook sebelum kejadian cemas itu berlaku. Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu memegang telefon bimbit semasa membonceng motosikal yang ditunggangi si suami. Turut kedengaran adalah suara kanak-kanak dipercayai anaknya menangis memanggil wanita itu yang mungkin sudah tidak sedarkan diri.

Video

Sumber: Berita Harian, Rina Angko

SKIP THIS AD ×