

Usahawan sensasi Datin Vivy Yusof menerima pelbagai mesej positif daripada pengikutnya yang mula merindui hantaran di media sosial.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Tenang Jalani Hidup Privasi – ‘Untuk Jadi Ibu & Isteri Yang Lebih Baik’
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Dedah Ramai Jauhkan Diri Sebab Lantang Bersuara – ‘Tak Perlu Takut, Rezeki Dari Allah’
Ramai rindu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories, Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof, 37, menitipkan pesanan agar tidak melihat pada sudut negatif dalam kehidupan.
Menurut bekas pemilik syarikat FashionValet itu, kehidupan privasi yang dijalaninya menerima banyak kata-kata positif dari pengikutnya.
Era privasi saya kini penuh dengan kasih sayang dan kebaikan.
Ianya sentiasa peringatan untuk fokus pada yang baik dalam kehidupan.
Jangan biarkan perkara negatif yang berlaku dalam hidup anda membunuh keindahan di sekeliling.
Dalam pada itu, Vivy sempat berkongsi akaun baru yang dibuat bagi memulakan ‘chapter’ baru dalam hidupnya.
Imbas kembali, Vivy memilih untuk aktifkan mood privasi pada akaun rasmi miliknya setelah didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang.
Sumber: Instagram @Vivyyusof








