
Usahawan Datin Vivy Yusof disahkan mengalami penyakit lupus setelah tubuhnya memberi isyarat yang tak mampu diabaikan lagi.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Tenang Jalani Hidup Privasi – ‘Untuk Jadi Ibu & Isteri Yang Lebih Baik’
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Mulakan ‘Chapter’ Baru, Terima Mesej Rindu Dari Pengikut – ‘Era Privasi Saya Penuh Dengan Kasih Sayang’
Penyakit lupus

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Vivy dilihat membuat pemeriksaan lanjut setelah disahkan memiliki penyakit bersifat seumur hidup yang menyerang organ dalaman tanpa disedari.
Ujarnya, dia bersyukur mengetahui perkara ini lebih awal agar dapat dirawat mengikut rawatan alternatif yang tidak bergantung kepada steroid.
Lupus bermaksud serigala, yang menunjukkan betapa menakutkannya penyakit ini.
Ianya mengoyakkan tubuh dari dalam tanpa disedari. Simptomnya sering disangka sebagai keletihan biasa, ruam atau sakit sendi.
Saya bersyukur akhirnya dapat diagnosis, jadi saya tahu bagaimana untuk rawatnya. Tapi saya masih terus mencari rawatan jangka panjang yang bukan berasaskan steroid.
Reda dengan ujian

Berkongsi lebih lanjut, ikon fesyen dan usahawan ternama itu tidak menyangka tekanan dan stres yang dikawalnya selama ini perlahan-lahan ‘merobohkan’ kekuatan dalamannya.
Stres adalah musuh paling besar.
Saya sangka saya dapat kawal stres dengan baik sebagai seorang usahawan, saya jarang sakit dan sentiasa bersikap optimis.
Tapi saya tak tahu badan saya sebenarnya give up dari dalam.
Saya diberitahu ini penyakit sepanjang hayat, dan saya dah redha dengan hakikat itu.
Sumber: Instagram @Vivyyusof








