
Perkongsian vlog pendek yang memaparkan rutin harian oleh pelakon Zahirah MacWilson sering menarik perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Malu & Segan Berlakon Dengan Aiman, Whulandry Herman Minta Izin Zahirah MacWilson – ‘Itu Cara Saya Tunjuk Hormat’
Artikel Berkaitan: Nenek Zahirah Macwilson Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Peminat, Simpan Semua Artikel Berkaitan Saya’
Vlog harian
Sejak kebelakangan ini, Zahirah yang juga isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza dilihat kerap berkongsi rutin hariannya, termasuk pelaksanaan ibadah solat.
Perkongsian itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah turut memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk mengamalkan rutin harian yang lebih baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rutin hariannya, sekali gus mengubat kerinduan terhadap lakonannya.
Segelintir netizen turut berharap Zahirah konsisten menghasilkan kandungan yang memberi inspirasi dan manfaat kepada para pengikutnya.
Komen netizen


Sumber: TikTok








