Mengelak daripada berlakunya salah faham, aktres Indonesia, Whulandry Herman mendedahkan dirinya meminta izin pelakon Zahirah MacWilson sebelum memulakan penggambaran bersama aktor, Aiman Hakim Ridza untuk drama bersiri terbaharu lakonan mereka, Bad Cop.

Artikel Berkaitan: Aiman Hakim Ridza & Yusry Sesat 32 Jam Dalam Hutan, Tak Jumpa Jalan Keluar?

Tanda hormat pada Zahirah

Menurut Whulandry, terdapat beberapa babak mesra yang perlu dibuat sehinggakan dia berasa segan untuk melakukannya bersama Aiman.

Sehubungan dengan itu, Whulandry mengambil pendekatan tersebut sebagai tanda hormat memandangkan Aiman merupakan suami kepada Zahirah.

Apa yang paling sukar untuk lakukan untuk watak ini, banyak babak dengan Aiman dan ada beberapa yang sangat rapat, malu dan segan dengan Aiman.

Sebab saya kenal isteri Aiman, saya minta izin pada Zahirah dengan mesej di Instagram untuk berlakon dengan suami dia. Untuk wujudkan rasa selesa dengan seorang orang.

Kemudian, kami dan anak-anak saling berkawan. Aneh jika kalau tidak maklumkan apa-apa.

Contohnya mungkin ada babak yang memerlukan saya memegang tangan suami dia atau menatap penuh rasa cinta.

Tidak tahulah saya perlu lakukannya atau tidak tetapi itu cara saya beri ‘some respect’ dan izin.

Bercerita lanjut, Whulandry berterima kasih di atas keizinan yang diberikan oleh aktres berdarah kacukan Malaysia-British itu.

Bila saya maklumkan pada Zahirah, dia memberi respons yang sangat baik dan minta saya lakukan apa yang sepatutnya serta berterima kasih kerana beritahunya.

Dia pun okey dan Aiman juga sudah maklumkan kepada dia.

Whulandry berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! di set penggambaran drama Bad Cop yang berlangsung Wisma Mofaz, Damansara pada Rabu.

Dah lama buat begitu

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Indonesia ini memaklumkan tindakan meminta izin daripada pasangan pelakon yang sudah berkahwin bukanlah sesuatu yang baharu buat dirinya.

Malah, ianya sudah menjadi satu kebiasaan buatnya sejak memulakan karier lakonan di Indonesia.

Saya memang buat sejak dulu, dulu berlakon di Jakarta juga lakukan hal sama.

Itu cara saya hormat dan beradab bila nak berlakon dengan suami orang.

Terbaharu, Whulandry bakal tampil menerusi drama bersiri terbaharu terbitan Astro Shaw yang bertajuk ‘Bad Cops’.

Selain Whulandry, drama bersiri itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Aiman Hakim Ridza, Tony Eusoff, Razid Salimin, Siti Saleha dan ramai lagi.