berita

‘Vokal Dipuji, Penghayatan Yang Mantap’ – Giliran Azmi Saat Tunjuk Taring Di Immortal Songs

September 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Immortal Songs telah menampilkan komposer terkenal tanah air iaitu Fauzi Marzuki sebagai karyawan muzik lagenda.

Artikel berkaitan: Tak Sangka Lagu Ella Jadi Irama Malaysia, Persembahan Naim Daniel Di Immortal Songs Kreatif & Wow!

Dalam episod ketiga, enam orang penyanyi iaitu Kugiran Masdo, Tajul Ariff, Azmi Saat, Luqman Faiz, Amir Masdi dan Fieya Julia telah menyahut cabaran untuk mengubah semula lagu asal komposer tersebut ke genre muzik yang berlainan.

Penghujung rindu

Dalam episod ketiga, Azmi Saat telah dinobatkan sebagai juara secara tidak langsung dia telah berjaya mengalahkan kelima-lima peserta yang lain. Azmi berjaya meraih 735 markah dan pujian daripada Fauzi Marzuki sebaik sahaja dia selesai melakukan persembahan.

Sangat terasa. Kalau saya nak dengar lagu saya dinyanyikan semula, ini saya nak dengar. Sebab cara persembahan ni cara dia. Terutama bahagian ending, dia buat apa yang saya rasa dia akan buat.

Menurut Fauzi, dia tidak sangka lagu ‘Penghujung Rindu’ nyanyian Jamal Abdillah boleh diubah menjadi versi Azmi sendiri. Tambahnya, Azmi melakukan sama seperti apa yang diimpikan oleh dirinya.

Kedudukan markah

Pentas Immortal Songs semalam dibuka dengan persembahan Kugiran Masdo yang menyanyikan lagu ‘Jejaka Idaman’ diikuti Tajul dengan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’. Seterusnya, Luqman Faiz dan Amir Masdi yang membawakan lagu ‘Lagenda’ dan ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’. Manakala, Fieya Julia menutup tirai pertandingan tersebut dengan lagu ‘Di Alam Fana Cinta’.

Vokal dan penghayatan yang baik

Rata-rata netizen memberi pujian buat kesemua penyanyi yang bertanding dalam episod tersebut. Menurut mereka, kesemua lagu Fauzi Marzuki telah diberi nafas yang baru dan mereka suka mendengarnya. Kemenangan Azmi semalam, turut dipersetujui oleh netizen.

Buat penonton di rumah, korang boleh menilai dan menyokong persembahan penyanyi kegemaran korang dari rumah. Caranya mudah sahaja, korang boleh hantar undian persembahan kegemaran melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs di antara waktu 9.00 hingga 10.30 malam sahaja ketika episod Immortal Songs tengah bersiaran.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×