berita

Tak Sangka Lagu Ella Jadi Irama Malaysia, Persembahan Naim Daniel Di Immortal Songs Kreatif & Wow!

September 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Immortal Songs merupakan sebuah program hiburan yang menggabungkan kesemua penyanyi baharu dan lama di atas sebuah pentas. Program yang berlangsung setiap hari Ahad di TV3 itu bakal menyaksikan 42 orang penyanyi menyahut cabaran dalam mengubah semula lagu asal karyawan muzik lagenda ke genre muzik yang berlainan.

Artikel berkaitan: Lagu Lama Menyengat Semula! 42 Penyanyi Bakal Berentap Atas Pentas Immortal Songs Malaysia

Ratu rock negara iaitu Ella merupakan karyawan muzik lagenda yang ditampilkan menerusi episod kedua semalam. Manakala penyanyi yang menyahut cabarannya adalah Sarah Suhairi, Naqiu, Kumpulan Insomniack, Aman Aziz, Naim Daniel dan Kaka Azraff.

Sepi sekuntum mawar merah

Dalam episod kedua, Naim Daniel telah dinobatkan sebagai juara secara tidak langsung dia telah berjaya mengalahkan kelima-lima peserta yang lain. Naim berjaya meraih 766 markah dan pujian daripada Ella sebaik sahaja selesai melakukan persembahan.

Menurut Ella, dia tidak sangka lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ boleh diubah menjadi versi Irama Malaysia. Tambahnya, sebelum ini dia hanya mengubah lagu ‘Sembilu’ menjadi versi keroncong. Kesemua penyanyi yang bertanding turut memberikan pujian buat Naim kerana dia mempunyai idea dan kreativiti yang luar biasa.

Semua memang padu!

Pentas Immortal Songs semalam dibuka dengan persembahan Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu ‘Rama-Rama’ diikuti Naqiu dengan lagu ‘Layar Impian’. Seterusnya, Kumpulan Insomniack dan Aman Aziz yang membawakan lagu ‘Di Perlumbaan Ini’ dan ‘Pedih. Manakala, Kaka Azraff menutup tirai pertandingan tersebut dengan lagu ‘Sembilu’.

Rata-rata netizen memberi pujian buat kesemua penyanyi yang bertanding dalam episod tersebut. Menurut mereka, kesemua lagu Ella telah diberi nafas yang baru dan mereka suka mendengarnya.

Susunan muzik kreatif

Buat penonton di rumah, korang boleh menilai dan menyokong persembahan penyanyi kegemaran korang dari rumah. Caranya mudah sahaja, korang boleh hantar undian persembahan kegemaran melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs di antara waktu 9.00 hingga 10.30 malam sahaja ketika episod Immortal Songs tengah bersiaran.

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×