berita

Vuse Street Covers, Portal Inspirasi Akan Tampilkan Kreativiti Yang Ada Di Malaysia

January 24th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Setiap orang di dunia ni memiliki kreativiti yang unik dan istimewa. Kreativiti adalah kebolehan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dengan berimaginasi. Bangganya kalau dapat tahu kreativiti yang kita ada!

Baru-baru ni kami dah jumpa satu platform menarik yang boleh bantu lancarkan kreativiti korang. Biasanya portal ni kat luar negara je. Sekarang dah ada kat Malaysia guys!

Vuse lancarkan Vuse Street Covers di Malaysia!

Berpegang teguh pada temanya, Vuse telah melancarkan platform global Vuse Street Covers di Malaysia, selepas pelancaran yang berjaya di Dubai, Barcelona, Medellin, Johannesburg dan Liverpool.

Vuse Street Covers akan beri peluang kepada talent Malaysia yang bercita-cita tinggi untuk berkongsi cerita, mempamerkan bakat dan menunjukkan betapa bersemangatnya landskap seni Malaysia sebenarnya.

Dengan platform unik, Vuse Street Covers akan kumpulkan semua talent di Malaysia yang nak tonjolkan kreativiti tersendiri. Bukan setakat diberikan sebuah pentas, malah diberi sokongan sepenuhnya. Serius istimewa!

Ramai pemuzik dan pelukis telah ditonjolkan di 5 Negara

Nak tahu apa yang paling menarik tentang Vuse Street Covers? Platform global ni telah dilancarkan di 5 negara iaitu UK, Sepanyol, Dubai, Colombia dan Afrika Selatan. Bukan platform biasa-biasa tau!

Setiap tempat di dunia ni pasti adanya mereka yang mempunyai cerita menarik dan kreativiti tersendiri. Dah tentu la mereka ni kreatif belaka. Sayang la kalau kreativiti ni tak ditonjolkan di mata dunia kan?

Kali ni di Malaysia, Vuse Street Covers berusaha untuk bantu ramai pemuzik dan artis yang berada di luar mainstream menonjolkan kreativiti mereka. Gempak la!

Zamaera & Lowkey terpilih sebagai Creative Champion untuk Vuse Street Covers di Malaysia

Dengan pelancaran Vuse Street Covers di Malaysia, Vuse telah memilih untuk bekerjasama dengan 2 bintang tempatan yang sedang meningkat naik. Nak tahu siapa?

Semestinya Zamaera (artis hip hop) dan Lowkey (ilustrator & artis grafiti)! Mereka akan bekerjasama dengan Vuse Street Covers sebagai Creative Champion untuk mencungkil kreativiti yang ada di dalam negara Malaysia.

Zamaera adalah penyanyi rap muda di Malaysia yang mementingkan kesempurnaan dan berdaya saing. Zamaera sentiasa bersemangat untuk buktikan muzik boleh diakses oleh semua orang tanpa mengira jantina.

Lowkey pula seorang artis yang sentiasa berikan dedikasi dan pendekatan unik untuk setiap projeknya. Proses perancangan yang cukup teliti menjadikannya menonjol dalam komuniti grafiti.

Paling menarik, Zamaera dan Lowkey akan memilih sendiri kreativiti muzik dan seni dari seluruh Malaysia melalui Vuse Street Covers. Mereka akan memilih 6 orang yang berbakat dan memasangkan mereka bersama-sama.

Banyak cerita tentang adegan kreatif tempatan, inspirasi dan kerjaya sehingga kini yang telah mempengaruhi seni yang mereka cipta bakal dikongsikan. Dengan ini, dapat la Vuse berhubungan baik dengan dunia seni dan muzik di Malaysia.

Talent dapat tunjuk ajar daripada Zamaera & Lowkey!

Apa yang paling menarik tentang Vuse Street Covers di Malaysia? Mereka yang terpilih akan dapat peluang untuk berada di bawah bimbingan Zamaera dan Lowkey. Seronoknya!

Setiap orang akan dapat mencipta lagu dan karya seni yang memberikan mereka inspirasi dan meningkatkan kreativiti untuk merebut peluang mempamerkan karya kreatif tersebut melalui platform Vuse Street Covers dan aset promosi untuk didedahkan dalam persembahan tempatan secara live.

Sepanjang tahun ni, Zamaera dan dan Lowkey akan melibatkan diri dalam persada muzik dan seni tempatan. Mereka akan bertemu dengan mereka yang terpilih untuk menonjolkan kreativiti yang ada.

Jangan lupa tonton platform ini untuk menyaksikan projek kreativiti mereka yang akan datang. Mesti kreatif belaka. Ini la masanya untuk kita memupuk senario kreatif di Malaysia

Ikuti perkembangan Vuse melalui media sosial mereka di Youtube, Facebook dan Instagram. Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik SINI.

*Amaran Kesihatan: produk ini mengandungi nikotin dan ketagihan. 18+ Sahaja.

SKIP THIS AD ×