berita

Wajah Nampak Kusam Semasa Berpuasa? Ini 5 Sebabnya!

May 27th, 2019 | by Ai
Kini Trendy

sebab wajah kusam

Bukan bibir saja yang kering, korang mesti rasa macam kulit korang pun kering dan kusam kan? Tapi korang relax je, sebab kebanyakkan perempuan pun alami benda yang sama. Nak-nak tengah pausa ni kan. So, sebelum wajah korang makin kusam, jom tahu apa sebabnya!

1. Dehidrasi

aaa dahaga lah

Dalam sehari, kita kena minum air at least 2 liter kan. Tapi dah kalau puasa, confirm minum air kurang. Itulah sebabnya kulit kering. Mana nak datang segarnya wajah, kalau kurang air kan? So, pastikan korang sebelum dah lepas sahur minum segelas air. Bila dah berbuka pun kena minum banyak air kosong untuk cover balik, supaya cukup dua liter.

Barulah kulit korang tak kusam dan kering!

2. Kurang tidur

Kurang Tidur

Sah-sah waktu tidur korang semua akan berkurang masa bulan puasa. Apa lagi kalau korang kerja, lagilah tak cukup tidur. Bangun pagi nak bersahur, kadang tu tak sempat nak tidur kalau banyak kerja. Malam pula korang terawih, tidur pun lewat.

3. Udara bebas

Udara Kotor Punca KusamHaa korang mesti ada yang tak tahu udara bebas adalah penyebab wajah korang nampak kusam kan? Gabungan udara bebas dan radiasi sinar ultraviolet boleh membuatkan kolagen kulit korang berkurang. Korang kena rajin pakai masker lah ye!

4. Makan makanan bergoreng berlebihan

makanan goreng berlebihan

Sis Katy faham bila bulan puasa ni memang banyak makanan yang sedap-sedap. Tapi janganlah semua benda nak yang bergoreng je. Makanan bergoreng ni dah takde nutrisi yang sepatutnya korang dapat daripada makanan tu tau! Eloknya kurangkan benda bergoreng barulah kulit flawless. 

5. Mandi lama sangat pun tak boleh!

Mandi Terlalu Lama

Memanglah kalau kita mandi masa berpuasa kita rasa badan ni terlebih fresh kan. Tapi korang agak-agaklah! Janganlah lama sangat sebab mandi lama akan membuatkan kesihatan kulit korang menurun. Orang lain pun nak mandi jugak wei! Haha!

yay done

Yay Sis Katy done share 5 sebab membuatkan kulit wajah korang nampak kusam masa berpuasa. Alaa normal lah tapi jangan lupa try atasi masalah ni okay girls! Chaiyokkk!

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

SKIP THIS AD ×