berita

Wajah Shah Rukh Khan Terpampang Di Burj Khalifa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57

November 4th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-57 pada 2 November yang lalu, pelakon, Shah Rukh Khan (SRK) menerima pelbagai kejutan dan ucapan daripada sahabat baiknya. Bestnya!

Artikel Berkaitan: Isteri Tak Suka Kanak-Kanak Masa Awal Perkenalan, Shah Rukh Khan Tak Yakin Nak Kahwin

Artikel Berkaitan: Tak Pernah Senyum & Pakai Rantai Salib Semasa Parti Hari Jadi, Netizen Persoal Agama Anak Shah Rukh Khan

Burj Khalifa papar wajah Shah Rukh Khan

Paling mencuri tumpuan, salah seorang sahabat baik Shah Rukh Khan telah membuat kejutan dengan mempamerkan foto dan tulisan ‘we love you’ di bangunan pencakar langit Burj Khalifa, Dubai.

Selamat Ulang Tahun Shah Rukh Khan, kami sayang kamu.

Jutaan peminat membanjiri rumah

Bukan itu sahaja, para peminat dari pelbagai pelosok daerah termasuk dari luar negara turut membanjiri perkarangan rumah Shah Rukh Khan demi meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya. Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Shah Rukh Khan kelihatan berdiri dan melambai tangan dari balkoni rumah untuk meraikan hari bermakna itu seperti tahun-tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, lagu ‘Happy Birthday’ didendangkan sepanjang masa oleh lautan peminat buat idola mereka. Turut difahamkan, ribuan peminatnya berkumpul sejak awal lagi bagi menanti kemunculannya.

Sumber: Twitter & TimesofIndia

SKIP THIS AD ×