
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui impian untuk meceburi bidang muzik terbentuk selepas melihat ibu dan bapa saudaranya iaitu Ziana dan Anuar Zain beraksi di atas pentas.
Artikel Berkaitan: Anuar & Ziana Zain Tak Sokong Istillah ‘Pelapis’ Penyanyi – ‘Masing-Masing Unik Dengan Kekuatan Tersendiri’
Inspirasi sejak kecil

Ernie atau nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, sejak kecil dia menjadikan dua figura itu sebagai sumber inspirasi dan ingin mengikuti jejak langkah mereka.
Saya membesar lihat mak cik (Ziana) dan pak cik (Anuar) menyanyi atas pentas. Sejak kecil, mereka merupakan inspirasi saya untuk bergelar penyanyi. Waktu kecil, saya tidak kenal penyanyi lain selain Ziana dan Anuar.
Saya belajar banyak melalui lagu-lagu mereka, orang kata itu namanya menifestasi. Saya selalu berdoa dan bayangkan, satu hari nanti akan dapat menyanyi bersama mereka atas satu pentas yang sama.
Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Jangan Henti di ibu kota, baru-baru ini.
Lagu tersebut merupakan kolabrasi bersama Syamel, Anuar dan Zain bersempena Konsert Empat yang bakal berlangsung pada 18 Oktober ini di Mega Star Arena Sungei Wang.
Dalam pada itu, Ernie turut meluahkan rasa terharu apabila impiannya untuk berkongsi pentas bersama Ziana dan Anuar akhirnya menjadi kenyataan.
Alhamdulillah, impian itu akhirnya tercapai dalam Konsert Empat yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, impian saya menjadi kenyataan.
Tambah pelantun lagu Astana itu, konsert berkenaan bukan sekadar persembahan, sebaliknya membawa nilai sentimental yang cukup mendalam kerana mempertemukan tiga generasi penyanyi dalam satu pentas keluarga.
Harapan saya ketika konsert nanti, semua penonton yang datang akan merasai kasih sayang yang kami cuba sampaikan.
Sebab saya rasa, belum ada lagi konser seperti ini di Malaysia. Orang panggil konsert anak-beranak. Konsert yang menggabungkan semnagar dan bakat penyanyi sedikit muda dengan ikon mereka sendiri.
Undi Ernienators

Dalam perkembangan lain, kelab peminat Ernie yang dikenali sebagai Ernienators tercalon dalam OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Kelab Peminat Paling Viral.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.








