
Dalam dunia serba laju hari ini, hidup kita kadang terasa seperti tak ada ‘pause’. Dari pagi sampai malam, jadual penuh, kerja tak habis, mesyuarat berturut-turut dan WhatsApp tak berhenti berbunyi.
Kadang kita terlalu tenggelam dalam kesibukan sampai terlupa untuk berhenti sekejap dan kembali kepada diri sendiri.
Dan sebagai Muslim, momen untuk solat itu sebenarnya ruang untuk tarik nafas, reset hati dan sambung semula hubungan dengan Tuhan.
Di sinilah HUAWEI Watch memainkan peranan sebagai ‘teman’ yang lembut, bukan sekadar jam pintar.
Getaran lembut yang ingatkan korang tentang solat
Sedang sibuk bekerja atau memandu, pergelangan tangan korang bergetar perlahan. Bukan mesej biasa, tetapi peringatan lembut untuk solat.
Cukup sejenak untuk tarik nafas, reset minda dan kembali ke apa yang benar-benar penting. Dengan getaran perlahan yang tak mengganggu, ia hadir tepat pada masa untuk mengingatkan kita tentang waktu solat.
Sebuah peringatan kecil yang terasa penuh makna, bukan tekanan, tapi perhatian.

Teknologi yang membimbing tanpa mengganggu
Waktu Solat Malaysia app memastikan korang mengekalkan rutin solat tanpa perlu tergesa-gesa atau stres.
Ia hadir dengan niat untuk membimbing korang untuk tetap tenang, fokus dan berhubung dengan spiritualiti dalam kehidupan seharian.
Satu jam pintar untuk minda, tubuh & jiwa
HUAWEI Watch ini bukan sekadar jam. Ia pantau tidur, kesihatan fizikal, emosi, dan pada masa sama mengingatkan komitmen spiritual korang.
Ia merupakan satu peranti yang menjaga kesejahteraan minda, tubuh dan jiwa secara serentak.

Direka khas untuk gaya hidup Muslim Malaysia
Dari waktu solat tepat mengikut lokasi, arah Qiblat (model terpilih), hingga rujukan doa dan kandungan Islamik, semua direka untuk rakyat Malaysia.
Sama ada di pejabat, ketika perjalanan atau di rumah, HUAWEI Watch memastikan korang tetap berasas dan tenang.
Fungsi Utama Waktu Solat Malaysia di HUAWEI Watch:
- Waktu Solat Tepat dan Mudah – notifikasi yang sesuai dengan lokasi korang.
- Arah Qiblat Eksklusif – pada HUAWEI WATCH 5 & WATCH ULTIMATE 2.
- Doa & Kandungan Islamik – rujukan berguna di hujung jari.
Model yang Menyokong:
HUAWEI WATCH FIT 4 / FIT 4 PRO, WATCH GT5 / GT5 PRO, WATCH GT6 / GT6 PRO, WATCH 5, WATCH ULTIMATE 2
Kelebihan Tambahannya adalah boleh digunakan pada iOS & Android dan ia direka untuk kemudahan sepanjang hari.
Nikmati pengalaman Waktu Solat di pergelangan tangan korang

Jom miliki HUAWEI Watch GT 6 Series, gabungan reka bentuk premium, pemantauan kesihatan canggih dan ketahanan bateri sehingga 21 hari.
Sesuai untuk gaya hidup moden, dengan storan 64GB untuk muzik, peta dan watch faces. Tunggu apa lagi?
Kalau korang berminat boleh dapatkan melalui HUAWEI Official Store atau membeli dengan mudah di Shopee, Lazada ataupun TikTok Shop mengikut platform pilihan korang. Lagi mudah, lagi cepat dan convenient.
Nikmati sendiri pengalaman menggunakan Waktu Solat Malaysia di HUAWEI Watch, pengalaman baharu yang lebih tenang, lebih bermakna dan sentiasa berada di pergelangan tangan korang.




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)

