
Personaliti media sosial, Bella Park berkongsi mengenai ikatan kasih sayang yang terjalin antara suami, Haikal Anuar bersama anak anak sulungnya, Muhammad Danial Nazran meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.
Artikel Berkaitan: Dipersoal ‘Travel’ Tak Bawa Anak, Bella Park Beri Respon – ‘Tiga Orang Bibik Jaga, PA & Ibu Mentua Tengokkan..CCTV Keliling Rumah’
Figura seorang suami & bapa

Menerusi perkongsian di Threads, Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli, memuat naik foto Haikal sedang mendukung Daniel atau lebih mesra digelar Nenel.
Menurut Bella, meskipun Haikal ialah bapa tiri kepada anaknya namun dia diilihat sanggup menjaga Nenel yang sedang sakit.
Masa ni anak saya jatuh dan kaki dia retak, Dada (panggilan anak kepada Haikal) dia terus balik nasib baik kebetulan cuti.
Masa ni anak saya jatuh dan kaki dia retak, Dada (panggilan anak kepada Haikal) dia terus balik nasib baik kebetulan cuti.
Dada yang jaga dukung ke sana ke sini. Walaupun bukan anak kandung tapi cebok dan mandikan pun Dada dia buat.
Tambah Bella, Haikal juga akan menghadirkan diri ke persembahan Nenel sebagai tanda sokongan atas usahanya.
Dalam pada itu, Bella mengakui bukan mudah untuk Nenel mempercayai seseorang, namun bapa tirinya itu adalah insan yang paling akrab dengannya.
Tak lama lagi anak saya ini akan buat persembahan piano bersama kawan-kawan dia dekat sebuah hotel. Dada pun akan balik sebab bangga anak dia ni dah yakin nak buat persembahan.
Untuk yang tak tahu anak saya ini kanak-kanak autism. Dia memang susah percaya orang tapi Dada dia orang paling dia percaya sekarang.
Sumber: Threads







