berita

Wan Hanafi Su Mula Demand Harga?

December 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Juara ASK 2013-25

Tak kira apa saja watak yang diberikan, pelakon veteran Wan Hanafi Su dilihat serba boleh dalam menjayakan setiap watak yang dilakonkan.

Walaupun sebelum ini namanya pernah terpalit dengan kontroversi disebabkan adegan ranjang bersama Marsha, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang seni.

Beberapa hari yang lepas, nama Wan Hanafi telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013 (ASK) sekaligus membuktikan bahawa namanya bukan terkenal atas dasar kontroversi semata, malah atas hasil usahanya dalam bidang lakonan.

Juara ASK 2013-64

Wan Hanafi akan menaikkan harga bayaran lakonan setimpal dengan usahanya

Sewaktu ditemui di ASK 2013, Wan Hanafi telah meluahkan rasa syukurnya setelah menerima pengiktirafan ini. Malah, dia turut memberitahu bahawa trofi yang dimenanginya itu akan dijadikan sebagai sandaran untuk menaikkan harga bayaran lakonannya.

Saya tak menjangkakan kemenangan ini kerana saya ingat Faizal Hussien yang menang. Saya bersyukur apabila kerja yang saya lakukan orang ingat. Ini merupakan trofi pertama saya selama saya dalam industri seni.

Selalunya, apabila artis mendapat trofi, tawaran untuk berlakon itu tipis, sebab pengarah risau mengenai demand harga.

Trofi ini merupakan pengiktirafan kepada saya, jadi saya akan naikkan harga setimpal dengan usaha saya dalam lakonan tersebut.

wan hanafi su

Sentiasa mengalas tanggungjawab dalam lakonan dengan sebaik mungkin

Lazimnya, seseorang pelakon pasti ingin mengelakkan sebarang kontroversi terpalit pada namanya. Namun, lain pula cerita bagi Wan Hanafi, dia mengakui bahawa publisiti mampu menaikkan namanya.

Saya gila publisiti mahupun baik atau buruk untuk menaikkan nama. Nak buat publisiti tentang saya dan Marsha berlakon adengan ranjang, buatlah..

Bagi pelakon ini, dia tidak menghiraukan sebarang tanggapan negatif daripada pihak luar kepada dirinya. Malah, dia turut memberitahu bahawa keluarganya memahami setiap tugasan yang digalas.

Sebagai tambahan, pelakon berbakat ini turut memberitahu bahawa dia ingin menyempurnakan matlamatnya untuk ke Hollywood suatu hari nanti.

SKIP THIS AD ×