berita

‘Kalau Letak Pistol Di Kepala Pun, Saya Tak Beritahu Kadar Harga’ – Wan Hanafi Su

September 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Wan Hanafi Su

Pelakon berpengalaman, Wan Hanafi Su mendedahkan bahawa dia akan merasa terhina sekiranya terdapat pihak produksi yang menawar dan berunding semula kadar harga yang telah ditetapkannya untuk berlakon.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Mengemis Hak Sendiri, Wan Maimunah Dapat Bayaran Tak Setimpal Hasil Kerja

Rela tolak tawaran

Wan Hanafi Su

Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 73 tahun itu berkata, dia lebih rela untuk menolak tawaran berkenaan kerana berpendapat kadar harga melambangkan harga dirinya sebagai pelakon.

Saya pernah ditanya berapa kadar harga saya? Saya kata kalau letak pistol di kepala pun, saya tak beritahu. Itu kan harga diri. Kadang-kadang, saya ditawar watak dan faham mereka sudah pasti kenal saya.

Tapi bila dapat tahu kadar harga, dia minta tawar. Selalu kalau macam itu, saya cakap nanti selepas beberapa hari saya akan hubungi semula. Kemudian saya lepaskanlah. Bagi saya itu terlalu menghina.

Kalau sudah tawarkan kadar harga untuk watak yang mereka fikir saya mampu bawa, kenapa nak tawar?

Tambah Wan Hanafi lagi, pendekatan tersebut dilakukannya demi menjaga statusnya sebagai pelakon berpengalaman.

Sementara itu, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini turut memaklumkan bahawa dia boleh berunding sekiranya ditawarkan dengan kadar harga yang tinggi.

Bagi Wan Hanafi, kadar harga yang ditetapkannya tidaklah begitu mahal dan setakat ini belum mempunyai pengalaman dibayar terlalu rendah oleh mana-mana produksi.

Pernah banyak saya tolak tawaran tapi mereka (penerbit) tak tahu. Alasan saya kata saya terikat (komitmen lain). Saya tak pernah ambil dua tawaran pada satu masa. Pasal itu saya tak kaya. Saya nak senang saja.

Bukan serba-salah, tapi saya malu. Kalau diberi tawaran, selepas itu, kena tawar pula harga (bayaran), saya rasa malu. Ada artis yang buat kerja ikut harga bayaran. Tetapi saya tidak! Kita tidak boleh meletakkan tahap lakonan kita itu mengikut tahap dibayar.

Terdahulu, isu mengenai bayaran yang tidak setimpal diberikan kepada pelakon berpengalaman semakin hangat diperkatakan.

Antara pelakon yang pernah ditawarkan kadar harga yang tidak setimpal termasuklah Wan Maimunah, Jalil Hamid, Kismah Johar dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×