berita

Wan Raja Profesional Dalam Lakonan – ‘Saya Bukan Jenis Bina ‘Chemistry’ Luar Set, Nak Lepak Atau Kenal Hati Budi’

March 15th, 2024 | by Alia
Kini Trending

wan raja

Isu orang ketiga dan hubungan yang terjalin antara pelakon di set penggambaran merupakan topik hangat yang diperkatakan ketika ini.

Bagaimanapun, bagi aktor Wan Raja dia mempunyai pendirian dan cara tersendiri untuk menjayakan watak yang dibawanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wan Raja Dakwa Topik Khutbah Jumaat Di Selangor Tak ‘Feel’ – ‘Kutipan Zakat Patut Jadi Minit Mesyuarat Ataupun Laporan Tahunan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Serasi dengan Fasha Sandha

wan raja

Menurut pemilik nama sebenar Saiful Redzuan Abu Bakar, dia dan teraju utama drama Malang Si Puteri iaitu Fasha Sandha sudah saling mengenali dan tiada sebarang masalah untuk bergandingan dalam sesebuah naskah lakonan.

Kami dah bekerjasama dalam tiga ke empat kali sebelum ini, jadi tak ada isu siapa sondol siapa atau sondol menyondol, tak ada. Kami dah ada chemistry dan memang rapat.

Aktor berusia 46 tahun ini berkata isterinya, Yaya Maembong dan suami kepada Fasha iaitu Aidil Aziz juga percaya kepada pasangan masing-masing malah tidak pernah timbul sebarang syak jika mereka berlakon bersama.

Isteri saya pun okay sahaja saya berlakon dengan Fasha, dia tak ada masalah. Sama juga dengan Aidil, kalau Fasha berlakon dengan saya pun, dia okay.

Di luar set pun saya pernah berjumpa dengan Fasha dan Aidil..isteri saya pun ada sekali jadi kami dah memang saling mengenali.

Wan Raja berkata demikian kepada OhBulan! ketika sesi sidang media drama tersebut yang diadakan secara atas talian pada Khamis.

Hormat isteri

wan raja

Demi menghormati hubungan suami isteri, Wan Raja mendedahkan bahawa dia memberitahu isteri terlebih dahulu tentang watak yang akan dilakonkannya terutama jika ia melibatkan babak romantik.

Saya bukanlah kena minta kebenaran isteri dahulu. Saya juga tak memilih tapi bila baca skrip dan banyak babak romantik saya akan kongsi dengan isteri.

Dengan orang lain yang saya tak pernah bekerja lagi tiba-tiba nak romantik, agak susah juga.

Dalam pada itu, Wan Raja menegaskan bahawa dia sama sekali tidak memerlukan keserasian dengan mana-mana pelakon di luar set penggambaran.

Saya bukan jenis bina chemistry di luar set, nak lepak-lepak atau nak kenal hati budi.

Saya jenis straight to the point, semasa kerja apa yang perlu saya buat, saya akan buat.

Untuk info, drama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Raja Azura, Hafreez Adam dan Malek McCrone.

SKIP THIS AD ×