berita

Aidil Aziz Profesional, Tak Cemburu Fasha Sandha Lakonkan Adegan ‘Panas’ – ‘Itu Bukan Dia, Itu Watak Sahaja’

January 17th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Aidil Aziz

Pelakon Aidil Aziz bersikap profesional melihat isterinya, Fasha Sandha melakonkan adegan mesra dan beberapa aksi panas dalam drama bersiri Rampas Cintaku 2.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Cara Fasha Sandha Layan Peminat Cilik – ‘Sifat Keibuan Sangat, Tak Kekok Pun’

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tak Hamil, Keracunan Makanan Sebab Makan Tepi Jalan

Profesional

Aidil Aziz

Ketika ditemui OhBulan! Aidil berkata dia percaya isterinya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan ingin memberikan yang terbaik dalam karyanya.

Menurutnya, Fasha sudah memaklumkan kepadanya terlebih dahulu mengenai keseluruhan jalan cerita drama tersebut.

Saya sudah tahu Fasha akan buat adegan sedemikian kerana dia sudah maklumkan dengan saya seluruh jalan cerita drama Rampas Cintaku 2 termasuk karakternya.

Sebagai pelakon sudah menjadi adat apabila ada yang menerima dengan positif dan ada yang menerima dengan negatif.

Saya percaya semua pelakon tahu apa yang mereka lakukan dan itu menjadi tanggungjawab mereka untuk menyampaikan dengan baik dalam setiap lakonan masing-masing.

Itu bukan Fasha yang lakukan tetapi watak yang dimainkan Fasha sahaja iaitu Datin Safiya.

Aidil berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan bersiri drama Rampas Cintaku 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Faham kerja pelakon

Aidil Aziz

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai perasaan cemburu, aktor berusia 38 tahun itu menjawab tidak timbul perasaan tersebut kerana dia memahami tugas sebagai seorang pelakon.

Sebagai pelakon menjadi tanggungjawab mereka untuk buat yang terbaik menerusi watak yang diberikan, habis sahaja daripada penggambaran dia adalah isteri saya. Kami mengamalkan sikap profesional, itu yang lebih penting.

Sekiranya saya tidak bekerja dalam industri, berkemungkinan perasaan cemburu itu akan timbul apabila melihat isteri saya melakonkan babak sedemikian.

Saya juga masih meletakkan batas, tiada semua watak yang ditawarkan kepada Fasha saya akan kata setuju. Terpulang kepada karya dan karakter.

Kerana ada juga watak yang agak ‘daring’ dan kami lihat kurang sesuai, kami akan tolak. Sebab pada kami itu ‘too much’.

Selain Fasha, drama terbitan MIG Production itu turut dibarisi Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Afieq Shazwan, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Rampas Cintaku 2 akan mula disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT) iQIYI Malaysia, bermula 19 Januari 2023.

SKIP THIS AD ×