berita

‘Wang Itu Bukan Haknya’ – Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serah Duit Pada Baitulmal

January 15th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial selepas peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen. Dia yang berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya itu berjaya mendapat perhatian netizen termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurut mufti tersebut, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Rezeki bundle

https://www.youtube.com/watch?v=wtqbHwWfa-4

Peniaga itu menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin. Dia turut terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 malam selepas menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

Walaubagaimanapun, menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Bukan haknya

Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.

Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya.

Menurut beliau lagi, wang berkenaan jika ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×