berita

‘Macam Mana Agaknya Jumpa Izrail’ – Mufti Kelantan Kongsi Pengalaman Pulih Covid-19

April 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dimasukkan ke hospital pada 17 Mac yang lalu selepas mengalami beberapa simptom Covid-19 sebelum beliau disahkan positif wabak berkenaan. Namun, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan beliau sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah 4 hari yang lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Mohamad Shukri berkongsi pengalaman menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebagai salah seorang pesakit yang positif Covid-19.

Pulang dari Sarawak

Menurut Mufti Kelantan, dia disahkan positif Covid-19 selepas menunjukkan beberapa tanda seperti mengalami sakit sendi yang tidak sembuh selepas pulang dari Sarawak atas urusan kerja selama dua hari iaitu pada 12 Mac.

Selepas pulang, saya mengalami sakit sendi dan pergi ke klinik dua kali, namun masih tidak sembuh selepas beberapa hari sebelum membuat saringan di HRPZ II. Tidak lama selepas diambil darah, masa itu tak rasa apa-apa yang pelik pun, melainkan sendi saya sengal sebelum keputusan keluar jam 10 malam hari sama mengatakan saya positif Covid-19. Selepas disahkan positif, saya tunggu saja rawatan.

Selama 16 hari dirawat, saya tertunggu dan bersedia macam mana agaknya pengalaman jumpa Izrail, kerana sentiasa mendengar pesakit Covid-19 yang baharu masuk hospital meninggal dunia. Sebenarnya Covid-19 ini atau sakit apa pun, kekuatan itu bergantung pada kita. Kalau kita rasa lemah, rasa tertekan itu memanglah.

Tambahnya, sepanjang berada di hospital, dia tidak berhenti berdoa supaya Allah sentiasa mengampunkan segala dosa, kelemahan dan ketidaktanggungjawab beliau sepanjang memikul amanah yang diberikan.

Bersedia menghadapi mati

Disoal mengenai rasa sakit sepanjang proses menerima rawatan di hospital, beliau hanya rasa demam biasa. Pada masa yang sama, beliau ditahan agak lama di hospital kerana mengalami penyakit gout dan jangkitan kuman di paru-paru.

Saya tak ada rasa apa pun cuma badan melainkan sendi saya sengal. Bila dah kena ubat semuanya hilang. Saya juga tidak demam, batuk dan sesak nafas seperti pesakit lain. Cuma sepanjang ditahan di hospital, saya turut mengalami jangkitan kuman di paru-paru selain penyakit gout menyebabkan terpaksa ditahan agak lama di hospital.

Sehingga kini, saya terpaksa solat atas kerusi kerana sakit lutut disebabkan gout. Saya kini dinasihatkan berehat di rumah dan tidak dikunjungi orang lain kerana bimbang dijangkiti virus memandangkan ketahanan badan belum kuat.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×