
Penyanyi, Wani Kayrie berkongsi momen dirinya yang terpaksa menyambut perayaan Aidiladha di dalam wad hujung minggu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nampak Sweet Buat Trend Tarian Lagu Raya, Netizen Doa Afieq Shazwan & Wani Kayrie Cepat Kahwin
Wani beraya di hospital
Menurut Wani, dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala yang agak teruk kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.
Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin baik dan sudah dibenarkan keluar pada Ahad.
Tak raya sebab baru ‘discharge’. Terima kasih semua yang mendoakan saya.
Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius cuma ‘tension headache’ sebab kerja tak cukup rehat.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu ‘Jangan Jangan’ ini sempat menitipkan ucapan terima kasih buat adik dan rakan baiknya iaitu Afieq Shazwan yang membantu membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Apa-apa pun, terima kasih sahabat saya Afieq Shazwan dan adik kerana bawa pergi klinik sebab tak boleh memandu langsung, muntah-muntah sampailah nak ke wad kecemasan hari itu.
Dari 1 pagi sampailah ke Subuh mereka tak tidur tunggu semua selesai. Semoga Allah balas jasa kamu berdua.
Di penghujung perkongsian, pemilik nama Syazwani Abdullah ini menitipkan pesan kepada para peminat agar sentiasa memastikan diri mendapat rehat yang cukup demi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana Wani sudah mula sembuh dan ada juga yang berseloroh mendoakan agar penyanyi itu lekas bertemu jodoh dengan Afieq.
Komen netizen



Sumber: TikTok





![[VIDEO] βKami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwahβ β Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
