Penyanyi, Wani Kayrie akui memahami luahan hati segelintir rakan seindustri yang gagal meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL-40).

Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Terharu, Peminat Jepun Sanggup Terbang ke Malaysia Demi Saksikan Persembahan Tahun Baharu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Buat Kejutan Nyanyi Lagu ‘Cak Cak Cekuk’ Untuk Pelajar ‘Human Graphic’

Percaya pada rezeki

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Syazwani Abdullah, 26, memaklumkan dirinya pernah menjadi salah seorang peserta yang gagal bolos AJL.

Bagaimanapun, Wani menerima dengan hati terbuka susulan memahami segalanya telah ditetapkan menerusi penilaian juri serta undian daripada peminat.

Melihat mereka, sebenarnya saya faham perasaan itu. Saya pernah berada di situ sebelum ini. Masa itu, saya melihat mereka pula yang berjaya.

Timbul rasa sedih bila lagu sendiri tidak dapat (berjaya), manakala orang lain pula beruntung.

Namun, semuanya berbalik kepada rezeki masing-masing menerusi penilaian juri dan undian yang kita tidak pernah tahu.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran All Star Influencers Award yang bertempat di Studio 38, Kota Damansara pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu memilih untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi buat lagunya sekali gus mengelakkan rasa kecewa sekiranya keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

Saya tidak rasa takut, cuma lebih kepada rasa bimbang jika tidak dapat ke pentas akhir.

Kita akan jadi sangat sedih. Bukan saya saja, orang lain yang menyokong lagu ini juga akan rasa perkara sama.

Apa pun, saya tetap mengharapkan yang terbaik untuk lagu ini.