berita

Wanita Bangga Boleh Dine-In Walaupun Tak Cucuk 2 Dos Vaksin, Netizen Harap Polis Tangkap Cepat!

August 23rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Bermula 20 Ogos 2021, setiap rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan dine-in di restoran mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan seperti pemeriksaan sijil digital vaksin dan sebagainya.

Namun berbeza pula kisahnya kali ini apabila seorang wanita dengan bangga bercerita dia dan keluarga dikatakan dibenarkan dine-in walaupun belum menerima suntikan vaksinasi lengkap.

Konon buat social experiment

Paparan tangkap layar ‘pendedahan’ wanita tersebut viral di media sosial sebelum ianya dikongsikan semula oleh pengguna Twitter yang dikenali dengan nama pedoqpop. Berdasarkan screenshot tersebut, wanita terbabit mendakwa sudah beberapa kali memasuki beberapa restoran atau kedai serbaneka tanpa seorang pekerja atau pemilik kedai pun yang menyemak sijil digital vaksin seperti yang diarahkan kerajaan. Dakwa wanita ini lagi, bukan dia sahaja melakukan social experiment itu malah suaminya juga turut membuat perkara yang sama.

Suami pergi barber nak gunting rambut, tapi kena halau. Dua barber dia pergi pakat halau sebab tak ada dua dos. Kesian my hubby. Last dapat lah dia masuk satu barber tak tanya apa pun, masuk, gunting rambut, settle. Barber yang halau orang tu memang tak mahu duit, dah kaya lah tu. Barber yang tak tanya apa-apa tu memang betul nak cari duit. So lepas lepas ni kita support barber yang betul-betul cari duit tu je.

Tidak terhenti di situ, wanita ini bersama suaminya turut membawa seorang anak kecil memasuki sebuah restoran untuk sarapan dan premis tersebut juga tidak melakukan semakan sijil digital vaksinasi. Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini seakan berbangga dengan ‘taktik liciknya’ kerana mampu menggunakan pelbagai perkhidmatan termasuk dine-in di restoran meskipun dia dan suami masih belum menerima vaksinasi lengkap.

Perkongsian di Facebook

Respon netizen

 

Menjengah komen di Twitter, kebanyakan netizen berang dengan tindakan wanita tersbeut yang secara terang-terangan melanggap SOP yang ditetapkan kerajaan. Malah tindakannya itu juga mencetuskan kebimbangan kerana ianya secara tidak langsung membahayakan keselamatan orang ramai.

Sumber: Pedoqpop

SKIP THIS AD ×