berita

Wanita Bersalin Bayi Pramatang Di Korea Perlu RM100k, Suami Tampil Jawab Kecaman Netizen

December 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini telah viral di laman sosial sepasang suami isteri terpaksa melalui detik hitam ketika sedang seronok bercuti di Korea. Hal ini terjadi apabila si isteri yang sedang sarat mengandung 6 bulan secara tiba-tiba mengalami komplikasi dan anak yang dilahirkannya itu meninggal dunia tidak sampai 24 jam selepas dilahirkan.

Terbaru, menerusi temubual si suami Muhammad Usaid bersama Harian Metro, bayi yang diberi nama Farhan Anaqi itu meninggal dunia selepas gagal bernafas akibat kelahiran pramatang. Dia juga menjelaskan berkenaan isu isterinya menaiki kapal terbang walau sudah sarat mengandung.

Sakit malam sebelum pulang ke Malaysia

Sepanjang percutian, tiada masalah berlaku tetapi malam sebelum pulang ke tanah air, isteri mengadu sakit perut dan tanpa berlengah, saya terus bawanya balik ke hotel.

Melihat keadaannya yang memerlukan rawatan, saya terus dapatkan bantuan untuk ke hospital dan dia bersalin tidak lama selepas dimasukkan ke unit kecemasan.

Isterinya itu dikatakan mengalami pendarahan seperti hendak bersalin apabila pulang dari makan malam. Dia terus membawa isterinya itu ke hospital untuk menerima rawatan. Namun anak yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan.

Dapat keizinan doktor sebelum berlepas

Lima bulan sebelum penerbangan, isteri disahkan mengandung dan kami tawakal saja ketika itu kerana segala perancangan untuk percutian sudah dilakukan.

Ketika tarikh penerbangan semakin dekat, kami dapatkan kepastian dengan meminta pandangan daripada doktor dan dimaklumkan tiada halangan untuk isteri menaiki pesawat kerana keadaannya stabil malah kandungan juga sihat.

Berkenaan tentang isu membawa isterinya menaiki kapal terbang ketika sedang sarat mengandung. Dia menjelaskan bahawa dia telah berjumpa dengan doktor untuk mendapat keizinan dan kepastian. Doktor turut membenarkan mereka bercuti kerana sewaktu itu kandungannya stabil dan sihat.

Kos keseluruhan RM100k

Jumlah keseluruhan diperlukan adalah RM100,000 dan ia merangkumi kos rawatan hospital, caj urusan jenazah dan membawa pulang ke tanah air saja serta tiket penerbangan baru.

Setakat semalam, saya dapat mengumpul RM30,00 hasil sumbangan orang ramai dan mujurlah pihak hospital membenarkan baki bil dibayar selepas kembali ke Malaysia.

Tambahnya lagi, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong Dalam, Kluang Johor. Kos keseluruhan urusan menelan belanja lebih kurang RM100k. Hasil sumbangan orang ramai, dia berjaya mengumpul sebanyak RM30k.

Proses kebumi di Korea memakan masa

Ada warganet mempersoalkan mengapa tidak dikebumikan di Seoul dan alasannya adalah kerana tanah perkuburan di sini agak jauh dari bandar serta perlu mendapatkan permit yang mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu bagi urusan pengebumian.

Dia turut menjelaskan persoalaan netizen berkenaan mengapa jenazah tidak dikebumikan di Seoul. Menurutnya, tanah perkuburan di sana agak jauh dan perlu mendapatkan permit yang sah sebelum dikebumikan. Proses untuk mendapatkan premit memakan masa lebih kurang seminggu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×