berita

Wanita Cemas Kereta Terbalik Di Tengah Jalan

September 15th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Tular satu video di TikTok, memaparkan sebuah kereta yang membawa sekumpulan wanita terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan: Budak Setahun Terlibat Dalam Kemalangan, Merangkak Keluar Dari Lori Cari Ibu

Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Digilis Treler Ketika Dalam Perjalanan Ke Stesen Minyak

Kereta berguling ke kiri

Menurut laporan Tribun News, kemalangan yang melibatkan sebuah kereta berwarna ungu terbalik di Tol Bekasi, Indonesia.

Menerusi kapsyen video TikTok, kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk, namun tiada berlaku kemalangan jiwa.

Alhamdulillah, dengan kuasa dan pertolongan Allah, kami semua terselamat dari kemalangan tunggal di tol Bekasi. Terima kasih atas limpahan kasih sayangmu.

Dalam pada masa yang sama, kelihatan seorang wanita berskirt biru dan berbaju putih berjaya keluar dari kereta tersebut.

Difahamkan, kereta itu berada di sebelah kanan jalan sebelum ‘bergolek’ ke kiri.

Disebabkan kemalangan itu, berlaku kesesakan lalu lintas di tempat kejadian, di mana kereta tersebut masih lagi berada dalam keadaan terbalik.

Wanita yang berada di dalam kereta tersebut berjaya keluar dari kereta dan kelihatan masih terkejut.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×