berita

Wanita Cucuk Mata Teman Lelaki Guna Jarum Sebab Tengok Perempuan Lain

December 2nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gara-gara cemburu, seorang wanita di Miami tergamak mencucuk jarum di mata teman lelakinya.

Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu! Wanita Tikam Suami Sebab Ambil Gambar Anak Saudara Perempuan

Lihat perempuan lain

Menerusi laporan NBC Miami, wanita itu bertindak demikian kerana cemburu dengan teman lelakinya yang melihat perempuan lain.

Menurut polis Miami, Sandra Jimenez, 44, dan teman lelakinya telah tinggal bersama selama lapan tahun dan mereka bertengkar selepas perbuatan lelaki itu diketahuinya.

Sebaik sahaja pasangan itu pulang, suspek melompat ke atas mangsa yang sedang berbaring di atas sofa, lalu mencucuk kelopak mata kanannya dengan jarum rabies.

Selepas menyederi apa yang telah dilakukannya, suspek terus meninggalkan kediaman mereka, manakala mangsa terus menghubungi pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Memorial Jackson.

Walau bagaimanapun, polis berjaya menangkap suspek yang sedang tidur di dalam keretanya dan membawanya ke dalam tahanan.

Disebabkan itu, hakim telah mengarahkan suspek untuk menjauhi teman lelakinya dan dia akan menjalani tahanan di rumah.

Sumber: NBC News, Live5news

SKIP THIS AD ×