

Satu pendedahan sangat berani dibuat seorang wanita apabila mendakwa rumah tangganya telah diganggu oleh seorang selebriti wanita berpenampilan muslimah.
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Senior Didakwa Ganggu Rumah Tangga Orang Sampai Hampir Bercerai?
Kawan jadi lawan?

Memetik laporan daripada Gempak, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Y mendakwa selebriti tersebut cuba menjadi penyondol dan mengganggu rumah tangganya sejak dua tahun lalu.
Wanita itu juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan selebriti yang sudah dianggapnya sebagai keluarga.
Kami, suami isteri mula berkenalan dengan selebriti wanita itu apabila dia menjadi pelanggan kepada bisnes kami.
Selepas itu, saya dan dia mula rapat sehingga saya sendiri dah menganggap dia sebagai keluarga.
Dia sering datang ke rumah dan saya tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan disebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembut yang dia bawakan.
Dia turut membawa anaknya bermain dengan anak kami di rumah. Sehinggalah saya rasakan sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya sangat berbeza.
Mesej mesra mula kantoi

Gambar sekadar hiasan
Sehinggalah satu hari, Y mendakwa mula menghidu hubungan rahsia antara suaminya dan selebriti wanita tersebut selepas membaca mesej mereka secara tidak sengaja di platform media sosial.
Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca mesej mesra mereka. Selebriti yang saya anggap sebagai keluarga, orang yang saya sangka baik dan berpenampilan suci murni memanggil suami saya dengan panggilan manja.
Rupanya dia sudah lama mahu mendekati suami saya dan mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama hampir dua tahun.
Y kemudiannya cuba bersemuka bagi mendapatkan kebenaran namun mendakwa selebriti berkenaan sering menggunakan agama untuk menerimanya sebagai madu.
Saya bersemuka dengan selebriti itu namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dia sebagai madu.
Saya sangat kesal kerana telah melayan dia seperti keluarga namun akhirnya dia tikam belakang saya.
Tak teragak dedahkan bukti

Gambar sekadar hiasan
Lebih parah apabila selebriti tersebut didakwa tidak berputus asa untuk bergelar isteri kedua dan menjadi madu kepada Y.
Dia masih berusaha, menghantar saya petikan hadith dan ayat-ayat Islamik berkenaan poligami.
Suami juga memujuk agar kami duduk bertiga dan berbincang mengenai perkara ini sedangkan saya memang tak bersetuju sejak awal sehingga rumah tangga kami goyah.
Tujuan saya tampil mendedahkan perkara ini kerana mahu menyelamatkan rumah tangga saya dan suami. Saya tak mahu bermadu dan mahu mengekalkan keharmonian perkahwinan.
Tidak mahu terus dipermainkan, Y memaklumkan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti selebriti wanita tersebut jika masih berdegil mahu menjadi isteri kedua kepada suaminya.
Jika selebriti itu masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti dirinya berserta bukti dia mengganggu rumah tangga saya.
Sementara itu, selebriti wanita itu juga didakwa pernah menggoyahkan dua rumah tangga lain sebelum ini.
Sumber: Gempak







