
Polis sedang menyiasat penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan berikat dan tanpa seurat benang di tepi jalan berhampiran anak sungai di kawasan Blue Water Estate, Serdang, pada Rabu.
Mayat tanpa pakaian

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 3.45 petang selepas seorang lelaki menemui mayat tersebut.
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang melepasi bahu, berkuku panjang dan memakai subang perak di kedua-dua telinga.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222.
Sumber: Sinar Harian







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
