berita

Wanita Hamil Tujuh Bulan Sanggup Terbang Dari Kelantan Demi Konsert Coldplay

November 24th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pelbagai jenis dan gelagat penonton yang dapat dilihat ketika Konsert Coldplay: Music of The Spheres Worls Tour in Kuala Lumpur yang baru berlangsung beberapa hari lepas.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang sedang hamil tujuh bulan hadir ke konsert tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coldplay Pakai Topeng Mata Satu – ‘Fitnah Akhir Zaman Makin Jelas, Korang Yang Pergi Tu Tak Sedar Lagi?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Menangis Chris Martin Tengok Sampah Sarap Ni’

‘Terpengaruh dengan adik’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita yang bernama Siti Zulaikha, 34, sanggup terbang dari Kelantan bersama adik lelakinya semata-mata untuk menonton konsert tersebut. 

Difahamkan, wanita tersebut sedang hamil tujuh bulan dan dia meminati Coldplay kerana terpengaruh dengan adiknya.

Saya sudah hamil tujuh bulan, saya hadir ke konsert Coldplay sebab minat. Terpengaruh dengan adik yang minat Coldplay dari tahun 2010 lagi.

Namun, Zulaikha mengakui risau dengan keadaannya yang berbadan dua tetapi dalam masa sama, dia juga mahu merealisasikan impian yang sudah lama diidamkan sebelum melahirkan anak

Hari ini, saya mengharapkan memori indah sebelum saya bersalin.

Sekadar info, kira-kira 75,000 peminat telah menghadiri ke konsert tersebut malah ada yang sanggup berada di luar stadium semata-mata untuk mendengar persembahan Coldplay.

Video

@scoopdotmy

Walaupun sedang hamil tujuh bulan, ia bukan alasan buat seorang peminat Coldplay, Siti Zulaikha, 34, untuk hadir menonton konsert kumpulan artis diminatinya itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Ketika ditemui Scoop, wanita berasal dari Kelantan itu sanggup ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bersama adik lelakinya bagi melihat persembahan kumpulan berkenaan. #vivalavida #coldplayinkl2023 #bukitjalilstadium #musicofthespheresworldtour #concerts #coldplayinmalaysia2023 #coldplayconcertinmalaysia #coldplayconcert #coldplay #coldplayinkl

? original sound – Scoopdotmy – Scoopdotmy

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×