berita

[VIDEO] Coldplay Pakai Topeng Mata Satu – ‘Fitnah Akhir Zaman Makin Jelas, Korang Yang Pergi Tu Tak Sedar Lagi?’

November 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

coldplay mata satu

Penganjuran Konsert Coldplay: Music of The Spheres Worls Tour in Kuala Lumpur telah mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak sebelum ini.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap salah satu persembahan kumpulan terbabit yang berlangsung di Stadium National Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Impian Fazura Tercapai Tonton Konsert Coldplay, Netizen Puji Semangat Solidariti Yang Dipamerkan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Buat Kejutan Melamar Kekasih Semasa Konsert Coldplay

Topeng mata satu

coldplay mata satu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, individu berkenaan menyelar tindakan vokalis kumpulan dari Britain itu, Chris Martin yang memakai topeng mata satu semasa menyampaikan lagu Something Just Like This.

Coldplay punya penterjemahan untuk peminat yang tiada daya pendengaran. Dalam banyak-banyak kostum kenapa pilih yang mata satu?

Dalam pada itu, individu berkenaan juga mengecam peminat-peminat Coldplay yang sanggup bersusah payah ke konsert tersebut demi untuk kepuasan diri.

Korang yang pergi tu tak sedar lagi? Atau rasa itu sekadar kostum? Sanggup bersesak redah kesesakkan lalu lintas dan basah kuyup.

Dalam tak sedar sihir disalurkan maka menyembah seronok. Nama pun per ‘sembahan’ kan? Kita pun seronok menyembah tanpa sedar perbuatan kita sendiri.

Difahamkan topeng berkenaan adalah topeng makhluk asing dan Chris menggunakan bahasa isyarat semasa membuat persembahan tersebut yang ditujukan khas buat peminatnya yang kurang upaya pendengaran.

‘Melenting puak-puak ni’

coldplay mata satu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan individu tersebut selain meluahkan rasa kesal terhadap peminat Coldplay yang disifatkan mudah melenting.

Jangan ditegur abang, melenting nanti puak-puak dia. Fitnah akhir zaman itu semakin jelas dan semakin yakin fitnah tu sangat dahsyat.

Tegur nanti cakap ‘terpaling Islam’. Itu ayat mereka, letih la.

Betul tu, sedih tengok yang lain tapi apa boleh buat. Kita dah nasihat tapi mereka masih dengan dunia mereka sekarang, kita jaga diri sendiri je lah.

Untuk info, kira-kira 85,000 ribu peminat telah mengahadiri ke konsert tersebut malah ada yang sanggup berada di luar stadium semata-mata untuk mendengar persembahan Coldplay.

@pakdongrill

#dajjal #ritual #stadiumbukitjalil #coldplay

? Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×