berita

Wanita Ini Kongsi 15 Menu & Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap!

January 6th, 2019 | by Shafika
MyResipi

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus, makanan sihat atau konsep #sukusukuseparuh ini sebenarnya haruslah mula diamalkan dari sekarang. Barulah badan sihat, otak cergas. Setuju?

Di facebook, wanita ini kongsi 15 menu sihat serta resepi lengkah untuk anda mulakan langkah pertama. Serius sedap-sedap menunya. Cubalah!

Diet Happy Happy

Seperti yang dijanjikan nah Kekni share kompilasi resepi menu diet yang diamalkan untuk lost weight. Boleh la dijadikan panduan untuk korang ya.

Makan nasi ke?
Yes, makan nasi.
Rugi oi tak makan nasi 

Konsep Kekni #sukusukuseparuh. Makan nasi tak salah. Yang salah bila makan berlebihan. Cukuplah segenggam. Kalau part ayam Kekni selalu ambil bahagian dada. Kurang lemak. Tapi kalau dah takda, bedal aja lah bahagian mana mana. Haha

Kekni memang tak amalkan gula. Gula tak bagus untuk kesihatan. Kalau teringin nak minum air manis boleh tukar dengan madu atau stevia. Garam pun kurangkan lah ye. Oh ya, minyak Kekni guna olive oil. Kalau nak tumis, guna 1sudu je.

Diet happy happy je. Jangan stress ya. Nanti berat pun takmau turun. Hihihi

#misikuruihKekni
#dietsihat

Ayam penyet

Nasi ayam penyet la kononnya ?

-Nasi segenggam
-Sayur kobis timun
-Tempe (lumur kunyit garam dan grill guna pemanggang ajaib)
-Ayam (jintan manis, jintan putih, kunyit, garam sikit perap ayam pastu grill atas pemanggang ajaib)

Salmon Grill

Salmon grill dengan sos putih

-Kentang rebus
-Sayur sayuran
-Salmon peram dengan lada hitam dan garam

Resepi sos putih

1. Tumis bawang holand denga 1sudu olive oil.
2. Masuk cendawan shitake (cendawan butang pun boleh)
3. Dah layu, masukkan 1sudu tepung gandum
4. Masuk 1cawan fresh milk
5. Masuk 1cawan air
6. Perah sedikit lemon
7. Last masukkan daun dhill, tak nak letak pun boleh.

Nasi dan aneka lauk

Menu 1

-Nasi segenggam
-Bendi goreng
-Tauhu dan terung (lumur kunyit garam dan grill guna pemanggang ajaib)

Menu 2

-Nasi segenggam
-Ulam selom
-Telur rebus masak kurma (masak macam biasa ja)

Menu 3 

-Nasi segenggam
-Ulam selom
-Ayam grill
-Air asam sihat

Resepi air asam

1. Tumbuk cili besar 3biji dan cili api 2biji
2. Tomato potong dadu masuk sekali
3. Masuk air asam jawa sikig
4. Perasakan dengan garam

Mee Oat Sup

MEE OAT SUP

-mee oat segenggam (jenama fatboi, gambar mee ada Kekni sertakan kat belakang) Kuah tu, buat sup macam biasa. Masuk ayam dan sayur sayur pilihan korang. Hehe  

Makaroni Goreng

Makaroni goreng

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan ayam, biarkan garing sikit
3. Masukkan brokoli
4. Masukka makaroni, masuk garam.
5. Tutup api.
6. Dah hidang dalam pinggan baru tabur chili flake.

Bihun Goreng

Bihun goreng. Ni goreng macam biasa ja. Cuma tak letak sos cili semua tu. Letak sos tiram je 1sudu. Garam pun tak perlu.

Mee Oat Sup Ikan

Mee oat sup ikan

1. Rebus ikan, dah siap asingkan tulang dan isi.
2. Air rebusan ikan tadi guna balik.
3. Masukkan bawang putih, perahan limau nipis dan garam.
4. Tauge dan sawi tu celur je.
5. Mee tu rebus dulu. Macam rebus spageti.

Variasi lauk kegemaran

Menu 1

-Nasi segenggam
-Kari ayam
-Kailan goreng

Menu 2

Anak dengan suami pun kena paksa diet sekali..

-Nasi segenggam
-Ayam grill
-Sayur campur

Menu 3

-Nasi segenggam
-Sambal petai udang
-Kangkong dan pucuk paku rebus

Mee Bandung

Acah acah mee bandung

Resepi kuah

1. Tumis bawang merah
2. Masukkan cili kisar yang dah di blend dengan 1sudu ikan bilis
3. Masuk air
4. Masuk telur
5. Sos tiram 1sudu
6. Akhir sekali sayur

Bubur Nasi

Ni bubur nasi. Masak macam biasa. Ayam tu masak sekali bubur.

Mee Oat Goreng

Mee oat goreng. Sama ja macam resepi mee goreng biasa.

Sumber : Ainni Mohd

The following two tabs change content below.