berita

Wanita Jatuh Cinta Dengan Peragut

July 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Peragut

Di Brazil, seorang wanita berjaya mencuri tumpuan netizen kerana mencintai lelaki yang meragut telefon bimbitnya di tepi jalan.

Dua tahun jalin hubungan

peragut

Menerusi laporan Mirror UK, lelaki tersebut telah didakwa meragut telefon Emanuela tetapi terpukau dengan kecantikan wanita berkenaan. Dia kemudian menghubungi Emanuela menggunakan maklumat yang ditemuinya di telefon itu.

Dalam akhbar tempatan, Emanuela dilaporkan terpesona dengan peragut itu, dan kini, mereka sudah dua tahun menjalinkan hubungan.

Adakah kamu tahu yang saya melalui situasi yang sukar kerana tidak mempunyai seorang wanita? Apabila saya melihat gambarnya di telefon, saya berkata kepada diri sendiri ‘alangkah cantiknya si rambut coklat, kamu tidak melihat si rambut coklat seperti itu setiap hari’ dan saya menyesal sudah mencuri (telefon bimbit).

Jadi kamu mencuri telefonnya dan kemudian hatinya?

Berikutan daripada pengakuan tersebut, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terpegun mendengar kisah berkenaan. Ujar salah seorang penduduk di Brazil, sudah menjadi perkara biasa bagi seseorang wanita jatuh cinta dengan penjenayah.

Saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Terdapat bentuk percintaan baharu di Brazil. Rompak saya dan saya akan berjumpa dengan kamu. Ia pelik.

Sumber: Mirror UK

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×