Baru-baru ini, tular satu perkongsian berkenaan seorang wanita yang mengakui tidak pernah puas melakukan seks bersama suaminya yang sebelum ini merupakan seorang teruna.

Artikel Berkaitan: Isteri Luah Rasa Tak Puas Hati Bila ‘Berbincang’, Tiba Giliran Suami Ini Responnya…

Artikel Berkaitan: Suami ‘Provider’ Dakwa Isteri Ada Hubungan Sulit Dengan Jejaka Medan

Kahwin dengan lelaki ‘virgin

Menerusi luahan yang dikongsikan semula di X, wanita berusia 32 tahun itu menyifatkan suaminya seorang lelaki yang sempurna namun gagal dalam bab persetubuhan.

Kongsi wanita itu lagi, disebabkan suaminya kurang berpengalaman dia mahu berbincang dengannya tanpa membuka aib masa silamnya yang tidak memiliki dara sebelum berkahwin.

Sebelum kahwin dengan suami, saya mempunyai 6 body count.

Suami saya seorang teruna. Saya tidak pernah buka cerita mengenai masa lalu sebab aib lagipun saya sudah bertaubat.

Secara jujurnya, suami adalah sebaik-baik lelaki dan gembira bersamanya kecuali bab persetubuhan.

Saya memang tidak puas sampai teringat-ingat masa lalu tapi saya malu nak cerita masalah ini dengan suami sebab tidak mahu dia tahu aib saya.

Wanita itu kemudiannya meminta pendapat orang ramai terutamanya mereka yang mempunyai nasib sama.

Perkongsian wanita itu meraih jumlah tontonan mencecah kira-kira 1.2 juta.

Sumber: X