berita

Wanita Kecewa Tunang Tak Nak ‘Expose’ Diri Sebab Giginya Berterabur – ‘Siap Mengaku Ex Dia Lagi Lawa’

April 16th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita tampil meluahkan rasa kecewa terhadap tunangnya yang dikatakan tidak mahu untuk memperkenalkan dirinya kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: Wanita Luah Rasa Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja Di Kedai Emas – ‘Mereka Kata Saya Tak Capai Ekspektasi’

Segan sebab gigi berterabur

Menerusi perkongsian yang dikongsikan semula di aplikasi X, wanita tersebut mendakwa tunangnya segan untuk berbuat demikian kerana malu dengan keadaan giginya yang tidak teratur.

Lebih menyedihkan ialah apabila tunangnya turut membandingkan kecantikannya dengan bekas kekasihnya yang terdahulu malah mengatakan mereka lebih cantik berbanding dirinya.

Minggu lepas, tunang saya mengaku yang dia malu nak ‘expose’ saya sebab gigi saya berterabur and bekas kekasih dia lagi lawa.

Tambah wanita itu lagi, pengakuan tunangnya itu sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya berasa begitu kecewa dan tiada mood untuk menyambut hari raya.

Perkongsian wanita itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Netizen juga menasihati wanita itu untuk memutuskan pertunangannya bersama lelaki yang tidak tahu menghargai dirinya.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×