berita

Wanita Luah Rasa Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja Di Kedai Emas – ‘Mereka Kata Saya Tak Capai Ekspektasi’

October 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Wanita Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja

Setiap orang pastinya akan berasa teruja dan sedikit gugup untuk memulakan hari pertama mereka di tempat kerja namun lain pula situasi yang dialami oleh wanita ini apabila dia dipecat selepas hanya sehari bekerja di sebuah kedai emas yang terletak di selatan tanah air.

Artikel Berkaitan: Cikgu Dipecat Gara-Gara Bantah Peraturan Baharu Minta Pelajar Bayar Sebelum Guna Tandas

Dibuang sebab tak capai ekspektasi

Wanita Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nana Saif itu memaklumkan bahawa dia telah memohon pekerjaan sebagai pegawai eksekutif pemasaran bagi kedai emas tersebut.

Menurut Nana, dia menyangkakan akan mempunyai pengalaman kerja yang baik di kedai emas tersebut selepas menerima layanan yang sungguh baik oleh majikannya.

Kedai emas ni buka jawatan kosong jadi saya apply dan mereka telefon saya untuk temu duga, saya datang.

Kemudian mereka telefon saya mengatakan saya diterima kerja dengan gaji yang telah dipersetujui. Maka saya pun mulakan hari pertama saya bekerja.

Pada awalnya saya rasakan tempat kerja ini sesuai dengan saya kerana mereka menyambut saya dengan baik sekali. Dan terbuku di hati saya untuk datang kerja di sini bagi membantu tingkatkan jualan mereka memandangkan saya dilantik sebagai pegawai eksekutif pemasaran.

Namun begitu, Nana mendedahkan dia dipanggil majikannya pada sebelah petang dan dimaklumkan bahawa dia tidak mencapai jangkaan yang diharapkan.

Tapi, kita merancang, Allah juga merancang. Tak sampai setengah hari mereka jumpa saya dan cakap nak bagi saya tempoh percubaan dalam masa seminggu.

Jam empat petang, mereka jumpa saya lagi sekali dan bagitahu yang saya tidak mencapai ekspektasi mereka sedangkan tiada skop pekerjaan yang diberikan kepada saya.

Kecewa dengan sikap majikan

Wanita Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja

Tambah Nana, dia berasa begitu kecewa dengan sikap majikannya yang terus menghukum dan memecatnya hanya selepas sehari bekerja di kedai emas berkenaan.

Saya berasa marah, sedih dan terkejut. Baru sehari bekerja, saya terus dihukum dan dibuang kerja begitu sahaja.

Kalau tak nak ambil pekerja, jangan buka tawaran dan kalau saya tak layak sekalipun boleh reject saya sewaktu temu duga.

Lebih menyedihkan ialah, Nana menjelaskan bahawa dia sudah membayar yuran taska kepunyaan anaknya namun tidak menyangka akan kehilangan kerja.

Sekarang saya dah bayar kos taska anak tapi saya sudah kehilangan kerja. Ya Allah, pedih.

Tolonglah jangan ambil orang kerja dan pecat orang begitu sahaja. Jangan buat orang macam tak ada nilai.

Tolong doakan saya kuat, diberi rezeki lain yang lebih baik.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×