Pada minggu lalu, pelakon Amelia Henderson diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.
Artikel Berkaitan: Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman, Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200k
Artikel Berkaitan: ‘Saya Maafkan Amelia Tapi, Tidak Akan Bekerjasama Dengannya Lagi’ – A.Aida
‘Crowdfund’ bayar ganti rugi
Terbaru, terdapat seorang wanita yang berhasrat untuk menderma kepada Amelia bagi membantu melunaskan bayaran tersebut kepada A Aida.
Susulan itu, wanita terbabit memohon agar berkongsi sekiranya ada pihak yang membuat ‘crowdfund’ untuk aktres terbabit.
Jika sesiapa tahu mana-mana crowdfund untuk Amelia, sila kongsi. Moral tinggi memang mahal harganya.
Baik derma orang miskin
Bagaimanapun, tindakan wanita itu dikecam warganet yang rata-ratanya tidak bersetuju. Kata netizen, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana pemilik nama Amelia Thripura Henderson mempunyai sumber pendapatan.
Bagi mereka, seeloknya wang itu didermakan kepada pihak atau golongan yang berada dalam kesusahan dan kesempitan hidup.
Selain itu, ada juga yang mengaitkan dengan isu ‘work-life balance’ yang menjadi kontroversi ketika pelakon, pengacara dan penyanyi Janna hadir sebagai tetamu undangan di program Sembang bersama Amelia Henderson.
Sumber: Twitter