Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hikmah Razlan memuat naik ciapan meluahkan rasa syukur selepas selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.
Artikel Berkaitan: 24 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Gelandangan ‘Syukur’ Pedandan Rambut Taja Majlis Kahwin Sepenuhnya
Pernah terfikir tidak akan berkahwin
Menerusi hantaran itu, Hikmah akui pernah terfikir dirinya tidak akan berkahwin sampai bila-bila atas faktor kekurangan pada diri sendiri.
Namun, dia gembira kerana masih ada insan yang dapat menerima seadanya.
Kecik kecik dulu ingat tak kawin sebab kita tak sempurna selalu cakap mana ada orang nak, Alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah.
28.4.23
kecik kecik dulu ingat takkawin sebab kita taksempurna selalu cakap mana ada orang nak, alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah ? pic.twitter.com/XK9k2cWJtS— hik (@hikhokkkk) May 7, 2023
Respon netizen
Menjengah di raungan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan Hikmah dan suaminya itu serta mendoakan ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke Jannah.
Tular beberapa tahun yang lalu
bfr end of this year, i nak cakap congrats dekat diri sendiri ! you doing well hikmah to yourself. you usaha tahan semua sakit dan sedih you sabar then tada you deserve it ! tahun depan usaha lagi ok ?? pic.twitter.com/3XDTUcPOLl
— hik (@hikhokkkk) December 25, 2019
Untuk info, Hikmah pernah tular beberapa tahun yang lalu apabila mengucapkan tahniah kepada diri sendiri selepas berjaya berdepan dengan pelbagai dugaan dan persepsi orang disamping kekurangan yang ada pada dirinya itu.
Sumber: Twitter