Selepas 24 tahun menjalin kehidupan sebagai gelandangan, pasangan ini akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Lebih menarik, seorang pedandan rambut yang bermurah hati telah membiayai seluruh kos perkahwinan pasangan tersebut.
Tolong selesai proses dokumen
Menerusi laporan Daily Mail, pasangan Rommel Basco dan Rosalyn Ferrer dipercayai menetap di sebuah wilayah di Filipina. Mereka dipercayai mencari sesuap nasi dengan mengumpul barangan terpakai yang berada di persekitaran mereka. Pada suatu hari, pasangan tersebut telah bertemu dengan seorang pemilik salon iaitu Richard Strandz.
Saya tersentuh hati apabila mengetahui kedua-duanya tinggal bersama selama lebih dari dua dekad tetapi tidak mampu mengadakan majlis kecil-kecilan. Cinta sejati adalah sesuatu yang harus diraikan. Ia sangat istimewa, tidak kira sama ada seseorang itu kaya atau miskin.
Menurut Richard, dia berasa kasihan melihat pasangan tersebut dan berhasrat membantu mereka untuk memperoleh lesen perkahwinan termasuk membiayai kos perkahwinan di gereja. Tambahnya, dia bertemu gelandangan tersebut ketika pasangan itu sedang mengutip botol plastik berhampiran salon miliknya.
Pernah berangan ketika kecil
Saya pernah berangan ketika kecil untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema berbusana putih. Tapi kami tidak pernah mempunyai wang secukupnya. Kami hanya fokus mencari makanan yang mencukupi untuk dimakan setiap hari. Kini saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya tercapai.
Ujar Rosalyn pula, dia pernah berangan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang indah semasa kecil. Namun, dia tidak sangka angan-angannya itu menjadi kenyataan walaupun hidup sebagai gelandangan.
Foto perkahwinan
Sumber: Daily Mail