Sungguh sinonim perkataan mengidam dengan ibu mengandung, ada yang minta makanan yang pelik-pelik, dan ada pula yang ingin merasai pengalaman lain daripada yang lain. Namun, seorang wanita hamil di Garut, Jawa Barat, Indonesia pula mengidam untuk menaiki motosikal polis.
Datang sendiri ke balai polis
Bagi memenuhi keinginan dirinya sendiri yang ingin menaiki motosikal polis, wanita hamil itu sanggup hadir sendiri ke balai polis Garut di Kadungora, Jawa Barat baru-baru ini. Menurut jurucakap unit polis trafik Garut, Kanit Turjawali, seorang wanita hamil datang ke balai polis dan bertanya jika dia boleh membonceng motosikal yang digunakan untuk membuat rondaan.
Wanita itu memaklumkan dia hamil dan begitu teringin untuk menaiki motosikal polis. Kebetulan, ketika itu ada seorang anggota polis trafik sedang bersiap siaga untuk bertugas dan kami membenarkannya untuk menaiki motosikal tersebut.
Wanita itu kemudiannya membonceng motosikal itu dan dibawa berjalan-jalan sekitar kawasan balai polis tersebut. Selepas selesai, dia mengucapkan terima kasih kepada anggota polis di balai tersebut kerana sudi melayan karenahnya.
Video wanita tersebut juga tular menyaksikan saat-saat dia meminta izin untuk membonceng motosikal polis tersebut dengan alasan yang bayi di dalam kandungannya yang teringin untuk membonceng motosikal polis.
Si utun (kecil) yang ingin naik motor polis.
Sumber: KOMPAS.com