berita

Wanita Meninggal Dunia Sejurus Selesai Khatam Al-Quran Di Masjid

April 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita meninggal ketika membaca al-Quran di dalam sebuah masjid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jemaah Malaysia Dilanggar Selepas Solat Tarawih, Jenazah Disolatkan Di Masjidil Haram

Artikel Berkaitan: Buruh Binaan Maut Jatuh Dari Menara Masjid Disyaki Akibat Mengantuk

Tiba-tiba rebah

Memetik laporan berita Tribunnews, video tersebut memaparkan detik seorang wanita meninggal dunia di dalam masjid ketika membaca Al-Quran. Difahamkan insiden itu berlaku pada 9 April lalu di Masjid Majlis Taklim (MT), Nurunnisa Babussalam di Bandung, Indonesia.

Ketika kejadian, wanita yang memakai pakaian serba putih itu sedang memimpin bacaan al-Quran bersama-sama beberapa jemaah lain.

Bagaimanapun, dia kelihatan lemah dan menundukkan kepalanya lalu menghentikan bacaan. Secara tiba-tiba wanita tersebut jatuh terlentang ke belakang dan didapati tidak sedarkan diri.

Jemaah wanita yang lain dengan pantas membantu wanita itu untuk beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Difahamkan wanita tersebut meninggal seusai selesai khatam al-Quran.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet menyifatkan kematian wanita tersebut sebagai satu pengakhiran yang baik bagi seorang muslim.

Kematian yang sangat indah, mudah-mudah syurga buatmu.

Pengakhiran yang bakal dirindui. Husnul khatimah (pengakhiran yang baik) buat wanita ini.

Cemburunya saya kerana dia meninggal dalam keadaan husnul khatimah, insyaa-Allah.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×