Sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan kewujudan orang ketiga dalam sesebuah perhubungan akan menyebabkan hubungan tersebut berantakan dan berakhir dengan perpisahan. Bukan itu sahaja, terdapat senario di mana pihak ketiga sanggup buat apa sahaja demi ‘menghalalkan’ niatnya bagi mendapatkan invididu yang dia cintai.
Artikel Berkaitan: Tak Daftar Nikah Sebab Arwah Suami Bagi Alasan Nak ‘Rahsiakan’, Wanita Hiba Anak Tak Dapat Harta Pusaka
Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk
Artikel Berkaitan: ‘Aku Sanggup Buat Apa Saja!’ – Lelaki Gila Talak Sanggup Fitnah ‘Check In’ Dengan Isteri Sebab Nak Rujuk
Menyesal rampas suami orang
Foto: Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli
Seperti kisah dikongsi seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli menerusi satu hantaran di Facebook tampil menceritakan seorang wanita yang dikatakan sanggup merampas suami orang lain. Bagaimanapun, wanita ini seakan-akan menyesal dengan tindakan yang dilakukan olehnya berikutan lelaki berkenaan pada hakikatnya hanya menumpang kekayaan si isteri.
Seorang isteri ini datang mengadu kepada saya untuk membuat permohonan fasakh iaitu membubarkan perkahwinannya dengan suami. Wanita ini masih muda. Bawah 25, elok rupanya. Bila ditanya, berapa lama telah kahwin, katanya dalam setahun lebih. Rupanya berkahwin secara senyap di sempadan Thailand sebab suaminya adalah ‘suami orang’.
Saya cakap, “Puan kena buat Pengesahan Nikah Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dulu, baru boleh buat fasakh sebab sijil nikah siam puan tak terpakai di Mahkamah Malaysia ini”.
Ujar wanita ini, suaminya sama sekali tidak mahu madunya (isteri pertama) tahu dan hubungan sulit tersebut telah berlaku beberapa tahun. Pada mulanya wanita ini beranggapan suaminya seorang yang berada berikutan membawa kereta mewah dan dia pernah mendapat telefon bimbit jenama mewah sebagai hadiah.
Dia pula ketika itu seorang pelajar universiti sahaja. Tak ada pendapatan. Bila dia dapat lelaki yang kononnya kaya itu, dia rasakan ada orang yang boleh tanggung dirinya.
Baru tahu perkara sebenar
Sekadar gambar hiasan
Selepas pasangan ini disatukan sangkaan wanita ini meleset dan rupa-rupanya si suami sama sekali tidak mempunyai kerja yang tetap dan kemewahan yang ditunjukkan selama ini merupakan harta siteri pertama. Selepas mengetahui apa yang terjadi, isteri pertama bertindak untuk memfailkan penceraian.
Patutlah bila lepas kahwin, dia tak mahu sahkan di mahkamah, rupanya baru tahu, suaminya itu tidak mampu. Nafkah untuk dirinya pun terabai. Sampaikan dia terpaksa pula kini, menanggung kandungan anak yang bakal dilahirkan tanpa nafkah yang cukup.
Rumah pun hanya duduk di rumah ibu bapa sendiri sahaja. Baru tahu juga, rupanya suaminya seorang panas baran. Tak cukup dengan itu, dari sehari ke sehari, datang saman baru kepada suaminya di mana bekas isteri menuntut nafkah anak, nafkah eddah, nafkah tertunggak dan Mutaah.
Dia akhirnya tak tahan. Rupanya, kemewahan tersebut hanya wayang dan tumpangan milik orang lain. Bukan pula harta sepencarian, sebab bekas isteri yang telah beli segalanya.
Wanita ini akhirnya menyesal dengan apa yang telah terjadi dan meminta supaya kisahnya menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Jangan kahwin semata-mata janji manis dan muka hensem sahaja. Selidik betul-betul latar belakang bakal pasangan. Kalau sanggup bermadu sekalipun, buat cara yang betul.
Sumber: Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli