Sekadar gambar hiasan
Gara-gara tidak mendaftar pernikahan, seorang wanita perlu akur dan reda apabila anaknya bergelar status anak tak sah taraf. Apa yang menyedihkan apabila anak tersebut sama sekali tidak boleh menerima harta pusaka arwah bapanya sendiri.
Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk
Artikel Berkaitan: ‘Aku Sanggup Buat Apa Saja!’ – Lelaki Gila Talak Sanggup Fitnah ‘Check In’ Dengan Isteri Sebab Nak Rujuk
Artikel Berkaitan:Bertahun Kerja Luar Negara Demi Keluarga, Hantar Duit RM8k Sebulan, Tahu-Tahu Suami Di Malaysia Kahwin Lain
Gara-gara tak daftar nikah
Foto: Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli
Kisah teladan ini dikongsi oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menerusi satu hantaran di laman Facebook. Kisahnya bermula, apabila seorang wanita bekerjaya masih belum berkahwin walaupun umurnya mencecah 30 tahun ketika itu. Sehinggalah satu hari, ada seorang lelaki yang tertarik akan rupa, akhlak dan kewangannya yang stabil.
Lelaki itu juga menyukai wanita tersebut. Namun, dia tidak mahu naik mahkamah untuk dapatkan kebenaran poligami. Dia mahu rahsiakan segalanya.
Setelah keputusan dibuat, pasangan ini berkahwin di sempadan Thailand. Difahamkan, selama 3 tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga mereka bertindak merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan orang lain. Bagaimanapun, selepas anaknya selamat dilahirkan wanita ini menggesa suaminya untuk mendaftarkan pernikahan mereka.
Sijil lahir anak tidak ada maklumat bapa. Anaknya dikatakan anak tak sah taraf. Sedangkan, mereka berkahwin di Thailand sebelum ini. Suaminya sering mengelak dan beri macam-macam alasan. Termasuklah, mengugut untuk tinggalkan dia jika terus desak. Kononnya ini demi masa depan kariernya.
Mahu tidak mahu, wanita ini terpaksa akur dengan kehendak suaminya dan dia (suaminya) sempat berjanji dan meminta isterinya untuk menunggu dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
Suami meninggal dunia
Sekadar gambar hiasan
Atas persuratan takdir, suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung. Perkara tersebut secara tidak langsung merisaukan wanita ini berikutan perkahwinannya bersama arwah suami belum didaftarkan.
Pening wanita ini fikirkan bagaimana nasibnya dan anaknya bila tidak ada sijil nikah yang sah dan tidak dapat nasabkan anaknya.
Wanita tabah ini cuba untuk mencari sijil nikah Thailand yang selama ini telah disimpan oleh suaminya. Namun, dia sama sekali tidak tahu akan keberadaan sijil tersebut sebelum bertindak berjumpa dengan isteri pertama bagi menjelaskan situasi yang dihadapinya.
Macam biasa, tidak ada yang percaya hal ini. Orang hanya anggap dia cuba nak ambil harta dan kesempatan atas orang yang sudah meninggal.
Sedih. Pilu. Itu yang dia rasakan. Kesal juga atas keputusan yang dia lakukan untuk senyap dan berdiam kerana akur dengan keputusan suami.
Solusi yang diberikan
Sekadar gambar hiasan
Susulan apa yang telah terjadi, wanita ini sempat bertanyakan kepada peguam Fahmi Ramli apakah yang patut dilakukan olehnya bagi mendapatkan hak buat anaknya.
Dia tak kisah kalau dia tidak ada apa-apa. Namun, anaknya itu tetap berhak jika benar dia anak sah taraf kepada suaminya.
Puan, kalau sijil nikah Siam, surat konsulat dan bukti-bukti nikah sebelum ini, puan kena dapatkan dahulu di mana tempat puan nikah. Biru muka dia. Sebabnya, pintu sempadan Siam kan ditutup. Entah bila dia boleh masuk semula ke sana. Dulu pun dia hanya ikut sahaja dengan ejen yang tidak dikenali.
Jika nak dapatkan bahagian pusaka Puan, harta sepencarian yang sepatutnya layak pada puan dan nak mohon ditukarkan nasab anak puan kepada arwah suami, kena buat pengesahan nikah poligami dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah.
Mendengar penjelasan tersebut, wanita ini mengalirkan air mata dan bukan mudah baginya untuk selesaikan perkara tersebut ditambah pula segala bukti hanya disimpan oleh arwah suaminya. Pada masa yang sama, peguam Fahmi Ramli sekali lagi mengingatkan kepada orang ramai bahawa banyak kesan buruk buat mana-mana pasangan yang bernikah di Thailand dan tidak mendaftarkan pernikahan tersebut.
Wanita ini akui, dia menyesal. Dia doakan kepada wanita-wanita lain agar tidak jadi perkara sebegini seperti yang berlaku kepada dirinya. Buat keputusan yang baik. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian jadikan pengajaran.
Sumber: Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli