
Pelakon Isa Khan berpendapat tiada sebarang pakaian yang sesuai untuk digunakan wanita ketika bersukan secara umum.
Artikel Berkaitan: Isa Khan Tegur Netizen Suka ‘Like’ & Komen Gambar Tak Tutup Aurat – ‘Dosa Dia Mengalir Sekali Dekat Awak’
Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Yang Suka Curang Tak Layak Jadi Suami & Imam’ – Isa Khan
Pakaian wanita bersukan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu memuji tindakan seorang wanita yang memilih untuk berpakaian menutup aurat ketika melakukan senaman di gimnasium.
Boleh saja rupanya berpakaian sopan di gim.
Kenapa ramai wanita pakai balut aurat?
Ciapan tersebut meraih perhatian Isa atau nama lengkapnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 32, yang tampil berkongsi pandangannya berhubung isu pemakaian wanita ketika melakukan aktiviti sukan.
Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, wanita yang benar-benar menitikberatkan soal penjagaan aurat tidak seharusnya memilih gimnasium sebagai tempat untuk melakukan aktiviti senaman.
Mana ada pakaian wanita yang sesuai untuk gim secara umum.
Senang cerita, wanita muslim memang tak boleh pergi gim umum kalau betul nak jaga aurat.
Itu baru betul.
Sumber: Threads @theisakhan








