

Berita kematian pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun, ternyata mencuri perhatian ramai apabila mayatnya ditemui mati di tempat letak kereta yang terletak di sebuah taman, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Pelakon ‘Parasite’ Lee Sun Kyun Meninggal Dunia, Disyaki Bunuh Diri
Peras ugut

Menerusi laporan Allkpop, sehari selepas kematian Lee Sun Kyun, seorang wanita yang dikehendaki polis Korea Selatan berjaya diberkas bagi membantu siasatan atas dakwaan melakukan peras ugut terhadap aktor berkenaan.
Wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini didakwa cuba melarikan diri selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya. Memetik laporan portal tersebut juga, individu yang dikenali sebagai ‘A’ itu ketika ini sedang ditahan di Balai Polis Nonyeon di Incheon bagi membantu siasatan selain turut didakwa meminta wang sebanyak RM180,000 daripada mendiang.
Penahanan itu juga dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kematian aktor filem ‘Parasite’ itu.
Difahamkan, mendiang pernah membuat laporan polis terhadap ‘A’ dan seorang lagi wanita yang merupakan pengurus sebuah pusat hiburan atas dakwaan sama. Pelakon itu juga dikatakan sudah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1.6 juta kepada wanita terbabit.
Terdahulu, nama Sun Kyun menjadi viral selepas dia didakwa mengambil beberapa jenis dadah di rumah salah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah kelab mewah di Gangnam. Mendiang didakwa sudah beberapa kali berkunjung ke rumah pelayan wanita itu sejak awal tahun ini.
Sumber: Allkpop



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)