Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui mati di tempat letak kereta yang terletak di sebuah taman.
Artikel Berkaitan: Penyanyi, Haesoo Ditemui Mati Dalam Bilik Asrama
Artikel Berkaitan: Penyanyi Moonbin ASTRO Ditemukan Mati Dalam Rumah
Tulis nota bunuh diri
Menerusi laporan The Korea Times, pelakon yang berusia 48 tahun itu, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan pada pukul 10:30 pagi.
Dalam pada itu, polis turut menjumpai arang di sebelah Lee Sun-kyun sekali gus menjadi bukti bahawa pelakon tersebut membunuh diri.
Sebelum ini, pihak polis ada menerima laporan bahawa Sun-kyun meninggalkan rumah selepas menulis nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.
Difahamkan, pelakon filem ‘Parasite’ disyaki menggunakan ganja dan dadah haram di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di daerah Gangnam di Seoul.
Walau bagaimanapun, Lee Sun-kyun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dia ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: The Korea Times