berita

Wanita Potong Zakar Anak Angkat Sebab Terlalu ‘Nakal’ Berjaya Diberkas Lepas 7 Tahun Larikan Diri

July 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita yang melarikan diri selama tujuh tahun selepas memotong zakar anak angkatnya menggunakan gunting akhirnya berjaya ditahan pihak polis baru-baru ini.

Potong zakar anak angkat

Memetik laporan Daily Star, suspek yang dikenali dengan nama Deusiane dos Reis Santos bertindak sedemikian sebagai satu bentuk hukuman kerana kanak-kanak itu ‘berkelakuan buruk’. Difahamkan, suspek yang berusia 46 tahun itu telah melarikan diri selepas memotong kemaluan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di sebuah rumah di Belford Roxo, Brazil, pada tahun 2015.

Perkara tersebut hanya terbongkar tiga bulan selepas wanita itu menyerahkan semula anak angkatnya ke sebuah rumah kanak-kanak. Disebabkan perbuatan kejam suspek, mangsa terpaksa menanggung penderitaan dan kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya. Polis telah mengisytiharkan Dos Reis Santos sebagai pelarian dari mahkamah tiga tahun lalu.

Namun siapa sangka, pada 6 Julai lalu, suspek yang bersembunyi akhirnya berjaya diberkas pihak polis. Menurut pendakwaraya Maria Cristina Faria Magalhaes, Dos Reis Santos melakukan perbuatan jahat itu “secara sedar dan sukarela”.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×