berita

Wanita Sarat Hamil Maut Dipancung, Ibu Terkejut Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah

June 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Malang nasib menimpa seorang wanita yang sedang sarat hamil apabila dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kepalanya telah dipancung di kediamannya di Illinois, Amerika Syarikat.

Kepala telah dipancung

Foto: Daily Star

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa dikenali sebagai Liese Dodd, 22, dijumpai oleh ibunya, Heidi, yang datang ke rumahnya berikutan setelah sekian lama mereka tidak berhubung. Ujar pihak polis, bekas kekasihnya, Deundrea S. Holloway, telah pun ditangkap berikutan didakwa membunuh wanita berkenaan.

Ketika kejadian, Heidi menjumpai mayat anaknya dalam keadaan terbaring di atas lantai flatnya dan kepala mangsa ditemui di dalam tong sampah yang berada di luar bangunan berkenaan. Ujar Ketua Polis, Alton Marcos Pulido, pegawainya akui trauma melihat apa yang berada di tempat kejadian.

Telah ditahan polis

Foto: Daily Star

Bercerita lebih lanjut, bekas kepada kekasih wanita ini mengaku pernah merompak rakannya bagi membeli ganja dan dia kini berdepan dengan dua pertuduhan membunuh dengan sengaja. Bukan itu sahaja, dia turut didakwa memotong badan manusia, merahsiakan pembunuhan dan memilik kereta curi.

Bagaimanapun dia telah pun ditahan di penjara dengan bon $2,000,000 (anggaran RM 8,796,000.00).

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×